Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, April 29, 2011

Assalamualaikum. :)

Okay. Satu challenge terlepas sebab semalam terlalu penat. hehe..

A song to match my mood = Inayah by Mestica.

Saya doakan yang terbaik buat semua. :)

Dosa kami, ampunkanlah.
Kesusahan kami, ringankanlah.
Keluarga kami, bahagiakanlah.
Kesakitan kami, sembuhkanlah.
Urusan kami, permudahkanlah.
Hasad dengki kami, redakanlah.

Ya Allah.

6

Wednesday, April 27, 2011

Assalamualaikum.

What makes me different from anyone else ?

Perangai ~ Suka diam secara tiba2. Sampaikan orang naik geram. haha. Kalau tengah bercerita or gelak2, tiba2 saya boleh jadi diam je...sebab saya sedang memikirkan sesuatu.

Imaginasi ~ saya suka fikir yang mengarut ! haha :p

Bahasa ~ Saya boleh berbahasa Cina. tapi....ramai lagi yg boleh. haha

OKay.

Saya dah merasa bagaimana rasanya hilang orang tersayang buat selama-lamanya. Hilang selamanya. Hargailah selagi ada. :)

5

Tuesday, April 26, 2011


Assalamualaikum :)

My favourite photograph of my best friend.

Why ? Masa tu baru dapat kamera 1000D. Then dapat snap gambar yg macam ni ! wah ! ade lagi gambar yg gunakan model yg sama. Tapi malas nak upload. haha.


4

Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum.

My idea of perfect first date = lepas akad nikah.

Saya mahu ikatan perkahwinan yang dijaga dari awal saya mencari pasangan hidup.

Idea ? hmm...haha. secret la ! hehe..

OKay.

*saya pastikan akan merindui uMMi bila sudah sampai jodoh saya*

3

Sunday, April 24, 2011

Assalamualaikum.

My favourite movie = movie yang ade kaitan dengan tarian.

Why ? Because, saya tidak tahu menari ! So, to me, menari itu indah.

STEP UP - 1,2,3.

Movement yang menakjubkan, kadang2 terfikir, tak sangka badan manusia boleh beraksi sebegitu pantas seiring dengan muzik. Kagum ! Otak mencerna rentak menyalurkan tenaga ke anggota untuk beraksi. Indah !

2

Saturday, April 23, 2011

Assalamualaikum.

30 hari bermula hari ini. okay.

Favourite song = Lagu2 raya.

I still remember. uMMi pernah request suruh pasang lagu raya kuat2. uMMi kata rumah ni tak ade suasana raya. Masa tu Ramadhan, uMai baru balik dari Penang. uMai tak bawa balik laptop...jadi uMMi suruh pasang lagu kuat2...so that, uMMi boleh dengar kat dalam bilik. Dari situ la, uMai beriya2 nak uMMi celebrate raya. Tak sangka, itu raya terakhir kita bersama.

Sehari sebelum raya, uMMi warded. uMMi menangis minta balik rumah...uMMi kata tak nak dengar takbir dari hospital...sebab masjid betul2 sebelah hospital. uMai serba salah. Antara dua, uMMi transfuse darah dulu atau celebrate raya dulu. Hmm...doktor memang tak bagi balik. Tapi uMai tak peduli dengan doktor yang gemuk tu (jasamu tetap dikenang...hehe). So, uMMi discharge atas tanggungan sendiri. Kami rela dan sanggup. Naluri hati ini pun dah beriya2 nak uMMi celebrate raya. Dalam diam, uMMi ade suruh someone buatkan baju raya. Tahu2, pagi raya uMMi suruh uMai gosokkan baju. Itu lah baju raya uMMi ! Anak uMMi je degil tak nak beli baju raya...sebab uMai tak ade mood nak raya. uMai agak terkilan.

Raya hari tu, uMai ade minat satu lagu raya dari Hot FM. Tidak uMai sangka...uMai suka lagu tu sebab rentak nya. Bukan liriknya. Sekarang, lirik lagu tu dah jadi nyata. Lagu yang uMai mainkan berkali2 kat penang waktu tu....jadi kenyataan.

Rindu Yang Telah Pergi

Sekali lagi ku terdengar
Suara takbir
Rasa menyelubungi
Bila ku sendiri

Ku masih bermimpikan
Hilai tawa itu
Walaupun hanya sesaat
Ku merasakannya

Kini yang tinggal hanya
Pusara sebagai penawar bisa ini
Agar bercahaya
Aku mampu berdoa
Ini takdir yang Maha Esa
Di pagi raya

Terbayang kenangan indah
Tika bersama
Keluhuran di wajahmu
Ku kenang selalu

Andai ku meniti sebuah
Cinta sejati
Aidilfitri jadi saksi
Tulus hati ini

Rindu yang telah pergi
Membawa satu memori
Menjadi satu coretan cinta

Di pagi syawal ini
Tertitis airmataku
Memandang potret wajah dirimu

*cabaran, tapi still ade kaitan. coz...blog ni mmg utk uMMi* <-- mcm x sahut cabaran je..hehe.

1

Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Ya Allah, sungguh, Engkau memberi peluang kepada kami...syukur tak terhingga. Engkau memberi kami kekuatan fizikal dan mental untuk menemani ummi mengharungi ujian dari-Mu Ya Allah. Ummi adalah insan terpilih...dikurniakan kami untuk membantu meringankan beban beliau di saat akhir hayatnya. Dan kami...tiada penyesalan dalam hal2 penjagaan beliau...walaupun kami merasakan semua itu belum cukup untuk membalas jasa beliau membesar, mendidik dan menyayangi kami.

Ya Allah...sungguh, aku rindu. Kami rindu. Ya Allah. Kami percaya dan yakin dengan rencana-Mu ini, walaupun kami kehilangan beliau terlalu awal...Engkau tidak membuka peluang buat kami menjadi anak derhaka. Tidak juga kami terus-terusan mengeluarkan bunyi 'ah!' terhadap beliau. Seperti janji-Mu, itu sudah dijanjikan neraka selagi tidak bertaubat.

Ya Allah...kami mempelajari untuk lebih menghargai. Belajar menjadi lebih kuat...dengan izin-Mu. Sehingga kini, kami tidak putus mendoakan kesejahteraan roh beliau. Sungguh, ummi sangat bertuah. Alhamdulillah.

Dikurniakan 4 cahaya mata. Sentiasa mendoakan beliau...malahan kami tidak pernah menolak tanggungjawab kami kepada orang lain. Dianugerahkan seorang suami. Setia menemani dan memahami keadaan beliau. Pasang surut diharungi bersama. Tiada kata mampu diungkapkan....tatkala si suami tak lekang menggunakan sisa waktu yang ada untuk mencium jenazah buat kali terakhir. Ditemani pula dengan abang2 dan kakak2 yang sangat mengambil berat akan adik bongsu mereka. Ummi sangat bertuah.

Ya Allah, kami bersyukur. Masakan tidak, di saat aku menerima perkhabaran duka pemergian beliau...yang pertama terlintas di hati ialah 'ummi berehatlah...ummi dah lama tak dapat tidur lena, ummi tak perlu lagi tanggung kesakitan itu'.

Ya Allah, sungguh,, Engkau menguji kami dengan kehilangan ibunda tercinta. Sangat perit. Tetapi mengingatkan janji-Mu bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya, kami percaya dan yakin. Kami menjadi lebih kuat. Kami menjadi lebih erat. Engkau kurniakan kesabaran kepada kami untuk menemani ayah kami. Suami kepada ibunda kami. Jodoh yang telah Engkau aturkan untuk ayahanda dan bonda kami, sangat indah. Semuanya di tangan-Mu, Ya Allah.

Susah senang, suka duka, pasang surut, marah sayang, sedih gembira, gelak tawa, jauh dekat, hinggalah kematian memisahkan mereka...jodoh mereka masih di tangan-Mu, Ya Allah. Andai diizinkan jodoh mereka dibawa ke akhir hayat, Engkau tenteramkanlah hati ayah kami dalam mengharungi sisa2 hidup.

4 April 1987. Genap 24 tahun. Dengan izin-Mu, Engkau satukan mereka dengan lafaz keramat. Kami insan penyabar, dan Engkau telah memilih kami untuk menjadi insan bertuah. Ya Allah, satukanlah kami sekeluarga hingga ke anak cucu keturunan kami. Bantulah kami dalam memelihara nasab keturunan kami. Jauhkanlah hati kami daripada sifat mazmumah, peliharalah kami dari segala bentuk kejahatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa ayah dan ibu kami, peliharalah mereka sepertimana mereka menyayangi kami dari kecil. Kurniakanlah ilmu-Mu kepada zuriat keturunan kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin~

"jaga ayah" : uMai ingat pesanan uMMi. uMai sentiasa cuba yang terbaik. uMai kagum dengan kesabaran uMMi.

Kami diberi peluang, dan kami menggunakan peluang itu. Ya Allah, kami bersyukur !

kesabaranmu dalam menundukkan keegoan kami, anak-anakmu mohon ampun ~