Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, May 29, 2011

Something I couldn't get tired of doing ?

Menyayangi insan tersayang di sekeliling saya.
Merindui uMMi yang hanya melalui mimpi sahaja
boleh melihat, mendengar dan menyentuh beliau.
Menghargai mereka yang dipinjamkan oleh Allah.
Memaafkan mereka dan diri sendiri andai pernah terluka.

uMai sayang Ayah, Adi, Afiq, Aqif dan uMMi...
Bohong kalau saya kata saya tak rindu uMMi...
Setiap minit.
Ke mana sahaja kaki ini melangkah.
Ada sahaja kenangan yang menerjah lipatan otak ini.

dalam sedar dibuai angan.
dalam tidur dan khayalan ~

29



In this past month, what have I learned ?

A lot.
Even for only ONE day.

Bukan slow loris / kongkang je yang bergerak lambat.
Bukan kura2 je yang jalan lambat atas bumi ni.
hahaha !

28
Assalamualaikum. :)

Selamat pagi !

Selamat berhujung minggu.

Mari sambung challenge.

What kind of person attracts me ?

Very subjective.
good looking tapi tak senonoh. tak boleh jugak.
hodoh tapi berbudi bahasa. orang mengata.
good looking, pandai tapi tak senonoh pun tak okay jugak.
Macam2 pakej.
Macam2 orang.
Jadi, cuba yang terbaik untuk terima semua seadanya.

Tapi, manusia selalu cari yg sedap mata memandang... ;p

27

Friday, May 27, 2011

A photo of somewhere I want to go.

A u s t r a l i a .

Tanah yang penuh dengan keindahan alam.
Membuktikan kebesaran Allah.

nak booking tiket kat air asia sebenarnya.
dah mampu dari segi tempahan tiket.
tapi....dari segi dolla mendollar tu yang kena kumpul sikit.
kalau boleh nak pergi sebelum bekerja dan sebelum berkeluarga.haha :


26

Who are you ?

I am who I am. I am me.
Hamba Allah.
Nafas.
Nyawa.
Anggota badan.
Ilmu.
Islam.
Kesihatan.
Semuanya kepunyaan Allah.
Hanya pinjaman.
Jadi, saya adalah milik Allah.

25
Assalamualaikum. :)

Sambung challenge.

OKay.

A photo of something that means a lot to me.

Nak cari satu gambar. hmm..

So, NO !

24


Thursday, May 26, 2011

15 facts about me.

1. Nama saya Humairah.
2. Berasal dari Melaka.
3. Berusia 20 tahun 8 bulan.
4. Ada seekor kucing bernama Bettino! *dia sangat besar!*
5. 1000D, DSLR kesayangan.
6. Taraf pendidikan tertinggi, SPM. Diploma, insyaAllah.
7. Pernah kehilangan insan tersayang, pergi buat selama-lamanya.
8. Selalu sakit bahu. *sentiasa tidur bersama Gamarub, keluaran Healin*
9. Gemuk. *sesiapa yang kenal pun tahu fakta ni.haha!*
10. Tak pernah pakai high heels.
11. Pernah pakai make up. *masa tadika dulu. haha !*
12. Berjaya menghabiskan semester 5 dengan memakai baju kurung setiap hari.
13. Tak suka pakai semula baju yang sudah dipakai.
14. Saya rindu uMMi saya. sangat.
15. Saya tiada di sisi beliau ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ini semua fakta !

23
A letter to someone who has hurt me recently.

Tak nak banyak cerita.
Dalam hidup, kena berani untuk buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang,
dan semua orang pun belum tentu dapat puaskan hati kita.
Seri kan ?

Jadi, ambil lah haluan masing-masing.
Teruskan hidup.
Ingat, destinasi kita adalah kepada DIA.

Andai kata suatu hari nanti, datang mencari kembali...
terima seadanya.

22
Assalamualaikum. :)

Nak sambung challenge yang tergendela terlalu jauh.

OKay.

A photo of something that makes me happy.

*A photo of a memory*

tak suka nak letak foto kat blog ni sebenarnya. haha

21

Sunday, May 15, 2011

The Meaning Behind My Blog Name.

Jawapannya adalah uMMi.

Cerita. Kenangan. Suka. Duka.

Juara Hatiku ~

Yes, we lost the battle against cancer. Tapi, dalam hati kami, beliau lah juara. Ibu yang banyak bersabar. Kesabaran beliau...tak boleh digambarkan.

20
Assalamualaikum.

A picture of something I want to do before I die.

NO!

setiap hari bangun, hari yang baru.

Apa yang berlaku, tak boleh diulang semula, even kita minta utk one 'nanosecond'.

19

Saturday, May 14, 2011

Assalamualaikum.
Ke-pelik-an mula melanda. Rasanya saya dah post pasal 5 things that irritate me about opposite / same sex., tapi dah hilang. haha

OKay. Ini kira re-post.

Laki-laki :

1. Ego.
2. Nafsu tak dikawal.
3. Suka tinggikan suara. (macam ayah) hahahahah ! :p
4. Panas baran.
5. Pemalas.

Pompuan :

1. Gedik !
2. Buka mulut cerita pasal lelaki.
3. Gedik !
4. Gedik !
5. Senang berubah hati in friendship. (sangat setuju dgn Kikin Nora). ~ letih layan orang macam ni.

18

Thursday, May 12, 2011

Just totonton okay.

Wednesday, May 11, 2011

Assalamualaikum ! :)

How I hope my future will be like ?

Future ?

Kita merancang, Allah menentukan.

Sampai waktu, ade la masa depan untuk kita.

Tiada waktu, bersediakah kita ? cukupkah amalan kita ?

Bercakap tentang masa depan, berdoalah dari sekarang.

"Kuatkanlah hati kami menerima takdir-Mu sebagai suratan hidup kami"

Kalau ditanya, semua nak masa depan yg indah.

17

Tuesday, May 10, 2011

Assalamualaikum. ;)

OKay. 10 may 2011 - 23 may 2011.

cukup2 revise satu subjek utk 3 hari. No excuses dah lepas ni. Kena focus on the outcome, then we will see how.

Sambung challenge .

Short term goals for this month and why.

1. Urusan adik saya. Dia lagi penting daripada exam. haha. I am worried about him. He needs the courage and support to move on. Adik juga sudah menjadi satu amanah buat sy. Kerana adalah satu2nya pesanan dari uMMi yang banyak kali diingatkan. Hopefully by this month, he is ready for the world, and by June, he is out there on his own feet.

2. Final exams. As usual, just focus on the outcome. So, just take it easy. As a student, bila kita pernah merasa ade perkara yg lebih penting drpd exams, kita akan tengok exams dari sudut pandangan yang berlainan. EXAMS tak menjamin masa depan. Remember. Thats what I told my youngest brother. And now, he is in the better place than before. Siapa sangka. Tawakkal selepas berusaha.

Itu aje rasanya. sebenarnya macam banyak lagi...maklumlah...sy ni busy memanjang. hahaha :p

16

Monday, May 9, 2011

Something I don't leave the house without.

Hmm...ape je ? dah terbukti tanpa IC, lesen, handphone dan kunci, saya still boleh keluar rumah. hahaha. Boleh pergi jalan2 sampai Kelantan ! haha

hmm...the best answer is, baju LENGAN PANJANG, seluar, dan tudung. haha !

Lengan panjang tu penting, kalau tak, sebelum keluar nanti ade orang bersuara, ayat dia sama je "pergi tukar baju tu la". hehe.. :p

15
Assalamualaikum. :)

Saya di Nilai ! :)

OKay, mari sambung challenge tu.

A TV show you're currently addicted too.

Kalau currently tu, tak ade la. Saya sudah jarang tontotonton TV.

Tapi kalau drama bersiri yang saya tengah tontonton sekarang ialah drama Korea, IRIS.

Drama ni pun pernah ditayangkan Tv gak.haha

14

Sunday, May 8, 2011

A picture of my favourite band or artist.

Perlukah ?

haha. :p

13
My current relationship, if single discuss how single life is.

Single.

Life ?

Saya tak boleh nak discuss bagaimana hidupnya single sebab belum pernah merasa bagaimana hidup berpasangan.

Tetapi...majoriti...yang berlaku di sekeliling...bila berpasangan :-

1. Bila gaduh, semua mood lari lintang pukang.

2. SMS, panggilan telefon, email, facebook dan segala bagai password kena share dgn bf/gf. NO privacy !

3. Bila keluar berdua, menjadi topik perbualan masyarakat.

4. Lelaki membawa anak dara orang keluar tanpa izin ayah. Umpama membawa hati ke lembah zina.

5. Kentut pun wangi. Dah berpisah / gaduh, minyak wangi beratus ringgit pun dikatanya busuk.

6. Tanpa disedari, bila berpasangan, hubungan kita dengan mak n ayah akan berubah. Di mana priority kita sudah berubah kepada orang lain.

7. Mak n ayah nasihat dan tegur langsung buat tak tahu. Tapi bila bf/gf suruh, cepat je buat.

8. Lelaki yang baik, tidak akan menyentuh kulit wanita yang bukan muhrim. Haram. Kerana, itu adalah asas dalam pendidikan agama.

9. Wanita yang baik, tidak akan cuba untuk menarik perhatian lelaki sehingga berniat menimbulkan nafsu syahwat kepada lelaki. Dalam erti kata lain, menutup aurat. Kerana, itu adalah wajib bagi dia.

10. Pasangan yang baik, bersama-sama menjaga hubungan kerana Allah.

12
Assalamualaikum. :)

A picture of my favourite memory.

Terlalu banyak fav memory.

Nak mencari satu gambar ? hmm...

the answer is NO ! semua ade dalam otak. lipatan2 otak. tersimpan kemas dalam tu. kalau la boleh print...haha :p

11

Wednesday, May 4, 2011

Assalamuialaikum. ;)

Mothers are the place that we call HOME. There's no one else who grants the same soft peace. Since I lost her, HOME is just a place without the soft peace ~

Saya suka makan kat rumah.

Saya suka makan kat rumah nenek saya.

Saya suka makan kedai Haji Husin.
Asam pedas kedai ni power !

Saya suka makan kat rumah makcik2 saya . sebab mereka pandai masak. hahahaha !

Tak ade gambar derr...rumah2 ni semua private location. :p

10



Monday, May 2, 2011



Assalamualaikum. :)

A photo of the item you last purchased.

Korang nak tahu ke ape bendanya tu ? hahaha

OKay. ini pun dikira item kan ? hahaha. Kalau bukan pun, itu la benda last yg aku beli. haha



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MEE REBUS ! haha. "p



9
Assalamualaikum.

Hari ni nak update semua challenge yang ketinggalan.

Perhatikan number kat bahagian bawah sebelah kanan setiap entry challenge ye.

OKay.

My dream wedding = simple-tak membazir-tak ramai sangat.

Cakap pasal wedding sekarang ni. memang la senang. tapi nanti bila dah ade macam2 pihak yang masuk campuq, alahaiii...

Simple , tak nak bersanding boleh tak ?

Tak membazir , saya mahu cater. saya mahu semua nya tidak meyusahkan family. coz nanti family yang akan melebih. hahahaha

Tak ramai sangat , coz bila tuan rumah memikirkan ramai sangat orang nak kena jemput, itu yang terjadinya pembaziran.

Kalau antara saya dan bakal suami , itu rahsia ! :p

8
Assalamualaikum. :)

Okay, challenge agak tergendala sikit. These few days ni membawa diri. hehe. Pergi pun tempat yg ade wifi. tapi saje tak mahu update.

Mari sambung challenge.

A photo of an animal you had love to keep as a pet.


Nak bela pet yg macam ni ! janji dalam spesis yg sama. :p

Yang ini pulak, buah hati ! haha.

7