19 September 2010.
"uMai tukar pampers uMMi. last. lepas ni tak ada dah". Sambil aku melihat jam di dinding. Takut tidak sempat ke LCCT untuk flight ke Penang petang Ahad itu. Namun apakan daya, pujuk insan bergelar ummi ini tidak mampu ku tolak. Tanpa berlengah, aku terus melakukan tugasan tersebut.
Selesai sudah, aku duduk menemani ummi di atas katil. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Masanya sudah sampai. Aku harus berangkat...abang Radhi yang akan menghantar aku ke LCCT.
Tanpa berlengah aku mencapai beg galas di dapur, dan kembali semula aku berdiri di muka pintu bilik untuk panggil uMMi. "uMai pergi dulu". uMMi tidak berpaling terhadap panggilan aku. Posisi menghadap ke dinding itu tidak berubah.
20 September 2010.
Handphone berbunyi. Ada SMS masuk. "wt pe", sender : uMMi. Waktu lebih kurang pukul 1 pagi. Terdetik di hati....beliau masih belum melelapkan mata. Aku terus menekan butang hijau...memikirkan beliau mungkin hendak mendengar suara anak perempuan yang seorang ini. Namun...beliau seperti tidak berdaya untuk berkata-kata. Hanya Assalamualaikum dan jaga diri sahaja yang dipesan.
21 September 2010.
Perkhabaran daripada Obek Nah yang mengatakan uMMi perlu dibawa ke hospital dengan segera. uMMi masuk wad...dan doktor kata perlu di tebuk untuk mengeluarkan cecair di paru-paru. Aku di Penang waktu tu...aku dan Ada sudah membeli tiket wayang..namun Obek sempat telefon memberitahu keadaan uMMi itu. Aku terus membatalkan niat.
22 September 2010.
Segala panggilan telefon ku tidak berjawab. Ada yang jawab pun daripada orang lain. Bukan suara uMMi. Langsung aku tidak dengar lagi suara itu...
23 September 2010.
Aku dan Ada berada di rumah sewa kami di Penang. Aku tidak ke tempat praktikal kerana tidak berapa sihat pagi itu. Dalam pukul 12 tengah hari...ayah telefon...meng-update kondisi uMMi. Ayah kata uMMi makin lemah. Dengan satu panggilan sahaja...aku terus buat keputusan untuk pulang. Waktu itu aku merasakan aku betul2 tawakkal....dalam hati mengharapkan sangat aku sempat berjumpa insan bernama uMMi. Menaiki teksi ke Airport Penang. Ambil tiket flight.Sesudah check in...dan boarding...aku menerima panggilan daripada adikku, Afiq. "uMMi dah meninggal". Jawapan kepada semua itu hanya air mata. Seterusnya, aku terbang pulang...