Assalamualaikum wbt..
Tatkala rindu datang mengisi ruang hati ini...
air mata yg terhasil bukan kerana rindu ?
Penyesalan. Mungkin.
uMai kembali berbakti di Melaka. Hospital Melaka...dimana uMai dilahirkan dan dimana uMMi menghembuskan nafas terakhir.
Radhi bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya pada Ogos nanti.
Semuanya sudah besar dan matang.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah...
Allah temukan uMai dengan insan yang baik-baik di sini. :)
Ramadhan 1435H dah masuk 10HARI terakhir...
Ramadhan ini Allah menguji hamba-Nya ini dengan kesakitan...untuk mengenal nikmat sihat.
Mungkinkah ini Ramadhan uMai yg terakhir sepertimana uMai selalu terfikir tentang Ramadhan uMMi yg terakhir. Allah..
Juara hatiku~
Ibunda tercinta. Daimah Binti Abu. Pemergianmu...sebuah ibrah harus kami singkap sebagai bekalan buat kami menjalani kehidupan. 1 Ogos 1959 - 23 September 2010.
Sunday, July 20, 2014
Thursday, December 26, 2013
Assalamualaikum . :)
Disember 2013.
Sampai sudah ke penghujung tahun.
2013 yang mematangkan. Alhamdulillah.
Homecoming baru ni uMai ziarah uMMi dan PaPa. Seingat uMai, kali terakhir uMai berbuat demikian pada hari pengkebumian PaPa (Mei 2013)
Hati yang tenang. Mujahadah itu bukan mudah tapi tidak mustahil.
3 tahun, 3 bulan dan 3 hari. Rindu itu, semua masih terbayang. 'Langkah' ini makin kuat...dan akan terus kuat.
Kami akan terus tembak doa utk mereka yang sudah pergi. Urusan duniawi kalian sudah selesai. Bagaimana keadaan dan bila giliran kami pula...?
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya.".

Thursday, August 1, 2013
Assalamulaikum.
:)
1 Ogos 1959 - 23 September 2010
al-faatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pemilik hari pembalasan
Hanya pada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan
Tunjukkilah kami jalan yang lurus
a
Jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jlan orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat
:)
" Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian."
Hari ini 1 Ogos.1 Ogos 1959 - 23 September 2010
al-faatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pemilik hari pembalasan
Hanya pada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan
Tunjukkilah kami jalan yang lurus
a
Jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jlan orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat
Monday, June 3, 2013
Assalamualaikum.
Tanggal 23 Mei 2013 (Khamis) , insan yang ku gelar 'PaPa' pergi buat selama-lamanya. Menemui Sang Pencipta.
Aku berada di pulau sejak hari Sabtu. Dapat keluar pulau pada petang Khamis. Sedang beristirehat , aku dapat panggilan daripada sepupu. 'PaPa dah meninggal'. Air mata jadi peneman sementara. Aku terus menyuarakan hasrat utk pulang ke Melaka.
Tanpa berlengah, kami bergerak ke Melaka, sampai lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm.
Insan yang menepati masa. Setia pada janji. Kasih sayang tak berbelah bahagi. Ayah kepada 10 orang anak, bapa mertua kepada 11 menantu. Datuk kepada 37 orang cucu dan Moyang kepada 3 orang cicit.
Insan yang pernah ku berkongsi kasih ketika zaman kanak-kanak. Pernah merasa kemanjaan yang dicurahkan.
Awal Mei hari tu ku pulang ke Melaka. Melihat dirinya semakin dimamah usia, ku sedar, perpisahan terakhir itu pasti berlaku jua.
24 Mei 2013, jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan di Seri Serindit. Seterusnya dibawa ke Masjid Al-A'zim utk disolatkan sekali lagi. Akhirnya, ditempatkan di kediaman baru dan secara rasmi mendiami, meninggalkan kami dengan kenangan indah.
Al-fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abu bin Hamid, Amanah binti Atmadan, Daimah binti Abu dan Mohamed Said Bin Abdul Wahab, moga ditempatkan dikalangan para solihin.
"Papa, gurauanmu pasti kami rindu. Papa mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan meriah sekali. Pemergianmu kami tangisi. Kelibatmu kami rindui. Nasihatmu kami ingati. Papa, damailah dikau di sana"

Monday, January 14, 2013
Ku kan Kembali dan Kucup Dahimu. Bhgn 1.
Assalamualaikum.
19 September 2010.
"uMai tukar pampers uMMi. last. lepas ni tak ada dah". Sambil aku melihat jam di dinding. Takut tidak sempat ke LCCT untuk flight ke Penang petang Ahad itu. Namun apakan daya, pujuk insan bergelar ummi ini tidak mampu ku tolak. Tanpa berlengah, aku terus melakukan tugasan tersebut.
Selesai sudah, aku duduk menemani ummi di atas katil. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Masanya sudah sampai. Aku harus berangkat...abang Radhi yang akan menghantar aku ke LCCT.
Tanpa berlengah aku mencapai beg galas di dapur, dan kembali semula aku berdiri di muka pintu bilik untuk panggil uMMi. "uMai pergi dulu". uMMi tidak berpaling terhadap panggilan aku. Posisi menghadap ke dinding itu tidak berubah.
20 September 2010.
Handphone berbunyi. Ada SMS masuk. "wt pe", sender : uMMi. Waktu lebih kurang pukul 1 pagi. Terdetik di hati....beliau masih belum melelapkan mata. Aku terus menekan butang hijau...memikirkan beliau mungkin hendak mendengar suara anak perempuan yang seorang ini. Namun...beliau seperti tidak berdaya untuk berkata-kata. Hanya Assalamualaikum dan jaga diri sahaja yang dipesan.
21 September 2010.
Perkhabaran daripada Obek Nah yang mengatakan uMMi perlu dibawa ke hospital dengan segera. uMMi masuk wad...dan doktor kata perlu di tebuk untuk mengeluarkan cecair di paru-paru. Aku di Penang waktu tu...aku dan Ada sudah membeli tiket wayang..namun Obek sempat telefon memberitahu keadaan uMMi itu. Aku terus membatalkan niat.
22 September 2010.
Segala panggilan telefon ku tidak berjawab. Ada yang jawab pun daripada orang lain. Bukan suara uMMi. Langsung aku tidak dengar lagi suara itu...
23 September 2010.
Aku dan Ada berada di rumah sewa kami di Penang. Aku tidak ke tempat praktikal kerana tidak berapa sihat pagi itu. Dalam pukul 12 tengah hari...ayah telefon...meng-update kondisi uMMi. Ayah kata uMMi makin lemah. Dengan satu panggilan sahaja...aku terus buat keputusan untuk pulang. Waktu itu aku merasakan aku betul2 tawakkal....dalam hati mengharapkan sangat aku sempat berjumpa insan bernama uMMi. Menaiki teksi ke Airport Penang. Ambil tiket flight.Sesudah check in...dan boarding...aku menerima panggilan daripada adikku, Afiq. "uMMi dah meninggal". Jawapan kepada semua itu hanya air mata. Seterusnya, aku terbang pulang...

Monday, February 6, 2012
Assalamualaikum.
uMMi...
uMai nak uMMi tahu...yang kami akan sentiasa menyayangi dan mendoakan kebahagiaan uMMi.
uMai rindu kat uMMi.
Rindu sangat2...Ya Allah...
Selepas setahun, empat bulan dan 14 hari...
Ayah kini mempunyai isteri baru.
Hati ini tidak kuat.
Pelbagai perasaan..
Marah, geram, sedih, dan macam2...
uMai rasa sudah cukup uMai pendam perasaan.
Boleh tak kalau uMai tak nak ikut pesan uMMi sebelum ni...
uMMi pernah pesan kat uMai untuk jaga ayah...
tapi...uMai tak mampu.
Bagaimana uMai melihat perubahan demi perubahan ayah...
hati ini luka...
seperti tidak adil...
tapi...adil dengan siapa?
hmm...uMai biarkan saja.
Bagaimana harus uMai menerima dia...?
ayah balik dari masjid selepas nikah...ayah perkenalkan dia as "YOUR MOTHER".
Langsung tak ada sensitiviti...
My mother is you, uMMi...once and forever.
Betapa uMai rindu uMMi...hanya Allah yang tahu.
:'(
Wednesday, January 25, 2012
Assalamualaikum . :)
uMai mula faham.
kerana...
uMai sendiri SENGAJA meletakkan diri uMai dalam situasi uMMi.
uMai mula tahu.
bahawa...
semakin jauh masa menjarakkan kita, uMai makin rindu.
seperti...
yang uMMi pernah rasa untuk Arwah atuk dan nenek.
uMai mula sedar.
kesabaran itu tiada batasnya.
ibarat...
satu bekas tinggi...kalau kita bersabar, bekas akan dipenuhi dengan sabar.
Jika tidak, bekas tu tak kan dipenuhi lagi. Malah, it stays that way.
uMai mula rasa.
kebahagiaan itu milik setiap insan.
Ada di mana2 sahaja.
Bergantung kepada kita untuk memilih.
uMai mula fikir.
'melihat dunia dari jendela akhirat' itu makin berat...
terasa sangat berat.
uMai mula ingat.
bahawa...
manusia hanya belajar menghargai selepas KEHILANGAN.
Kepada mereka yang masih boleh mendakap ibu kalian...Jaga akhlak kamu !
Kerana....buatlah mereka berasa tenang...bahawa...
setelah mereka PERGI nanti, mereka boleh mengharapkan kepada kalian untuk mendoakan mereka.
HANYA 3 amalan sahaja yang boleh membantu di 'sana' :
1. Doa ANAK yang SOLEH. *sangat besar tanggungjawab ni*
2. Amalan sepanjang hayat.
3. Ilmu yang diturunkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)