Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, June 3, 2013

Assalamualaikum.

Tanggal 23 Mei 2013 (Khamis) , insan yang ku gelar 'PaPa' pergi buat selama-lamanya. Menemui Sang Pencipta.

Aku berada di pulau sejak hari Sabtu. Dapat keluar pulau pada petang Khamis. Sedang beristirehat , aku dapat panggilan daripada sepupu. 'PaPa dah meninggal'. Air mata jadi peneman sementara. Aku terus menyuarakan hasrat utk pulang ke Melaka.

Tanpa berlengah, kami bergerak ke Melaka, sampai lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm.

Insan yang menepati masa. Setia pada janji. Kasih sayang tak berbelah bahagi. Ayah kepada 10 orang anak, bapa mertua kepada 11 menantu. Datuk kepada 37 orang cucu dan Moyang kepada 3 orang cicit.

Insan yang pernah ku berkongsi kasih ketika zaman kanak-kanak. Pernah merasa kemanjaan yang dicurahkan.

Awal Mei hari tu ku pulang ke Melaka. Melihat dirinya semakin dimamah usia, ku sedar, perpisahan terakhir itu pasti berlaku jua.

24 Mei 2013, jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan di Seri Serindit. Seterusnya dibawa ke Masjid Al-A'zim utk disolatkan sekali lagi. Akhirnya, ditempatkan di kediaman baru dan secara rasmi mendiami, meninggalkan kami dengan kenangan indah.

Al-fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abu bin Hamid, Amanah binti Atmadan, Daimah binti Abu dan Mohamed Said Bin Abdul Wahab, moga ditempatkan dikalangan para solihin.

"Papa, gurauanmu pasti kami rindu. Papa mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan meriah sekali. Pemergianmu kami tangisi. Kelibatmu kami rindui. Nasihatmu kami ingati. Papa, damailah dikau di sana"

No comments:

Post a Comment