Assalamualaikum.
Hari ni, umai rindu lagi. Umai akan rindu sampai bila2. Rindu yang tak akan terluah.
Terima kasih kepada semua. Kata2 semangat kalian amat bermakna untuk meneruskan kehidupan ni.
Tapi, sesiapa yang belum merasai kehilangan yang abadi...bersedialah. Bukan hari ini, pasti akan berlaku kemudian hari.
Ayah, adi, afiq dan aqif pulang ke melaka selepas pusing semenanjung Malaysia. Umai takut nak masuk rumah sewa ni...coz nanti umai rasa kosong. Betul kata kakak2 uMMi...lama2 nanti akan rasa kosong...waktu tu la kita perlu kuat.
Umai sedekahkan Yassin untuk uMMi pertama kali lepas uMMi pergi...terasa amat lemah. Air mata tak boleh berhenti dari mengalir. Hari ni...umai teringat betapa takutnya umai tengok dada uMMi berombak kat hospital dulu..
Lepas tu, mula la polisi baru...'tak tidur malam untuk perhatikan pernafasan uMMi'. Umai pesan kat Afiq juga...akhirnya, umai tak ade untuk nafas terakhir itu. Allah ade rencana-Nya tersendiri. Mungkin, bila ade ketika itu, umai makin lemah.
Hari ni juga umai refused untuk dipeluk. Terasa lemah bila dipeluk.
Umai kena cari semula focus umai selama ni...
I never saw you crying more than a minute~
In Loving Memory, Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment