Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, January 30, 2011

Assalamualaikum. :)

Hari ni Birthday Afiq yang ke-19 !

Happy Birthday !
Moga dengan peningkatan umur ni...membawa kepada kesedaran bahawa
masa kita makin dekat. :)


Wednesday, January 26, 2011

Assalamualaikum.

Ini rasanya bila demam / sakit...insan yang selama ni membelai kita sudah tiada lagi.
Insan yang menyuapkan ubat dan makanan ke mulut kita.
Insan yang tak jemu membasahkan kain lalu diletakkan di dahi kita.
Insan yang sering mengingatkan kita supaya banyak minum air...untuk kurangkan panas badan.
Insan yang secara fitrahnya akan cuba melakukan apa sahaja asal kita berasa selesa.
Insan yang menitikberatkan pemakanan bila kita tiada selera makan.

Sekarang...semuanya sendiri.

Tiada lagi semua itu. Kalau ada pun, tidak akan sama.

Betapa aku merindui sentuhanmu~




Monday, January 24, 2011

Ke Makam Bonda.

Kami mengunjung pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami...mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena di dalam rahap
dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini ku rasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabdian
insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.

Meskipun aku tak dapat menunggumu saat terakhir, namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat. Setiap sujud sembahyang, engkau...hadir terbayang. Sesungguhnya, aku menangis sangat lama. Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang. Sesungguhnya, aku merasa belum cukup berbakti. Namun aku yakin engkau telah memaafkanku. Air hujan mengguyur sekujur bumi...kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal...~


Berehatlah...sesungguhnya, ketenangan itu milikmu jua~

Sunday, January 23, 2011

Assalamualaikum. :)

Empat bulan.
Rindu.
Amat.

Empat bulan.
Tanpa kamu.
Perit.

Empat bulan.
Perginya.
Ratu hatiku~

Empat bulan.
Perjuangan kami teruskan hidup tanpa kamu...
moga dititipkan kekuatan di hati...
setiap kali celik di pagi hari.

Empat bulan.
Kamu tetap juara hati kami~

uMMi, esok minggu kedua uMai.
Tidak dinafikan...semua kenangan...
seperti menonton tayangan slide...
penuh dengan gambar....

Lorong itu...
Katil itu...
Staff Nurse itu...
Doktor itu...
Mee sup itu...
Jagung itu...
Bilik X-ray itu...
Katil di bilik kecemasan itu...
Beg darah itu...

Ya Allah...moga titisan air mata ini...menyiram hatiku yang sangat dahagakan kekuatan dari-Mu
untuk teruskan langkah ini.

Seminggu...fizikal uMai akur. Mental uMai akur.

Biarku kucup wajahmu, leburkan saja ia padaku~
(selalu fikir, alangkah baiknya kalau aku boleh sama2 menanggung penderitaan sakit itu)

Sunday, January 16, 2011


Assalamualaikum. :)

uMMi, esok uMai mula praktikal di Hospital Melaka. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Tujuan asal minta pulang ke Melaka adalah supaya dapat dekat dengan uMMi, dapat jaga uMMi.
Allah tetap dengan rancangan-Nya, seperti dijanjikan. Pasti berlaku.

Genggam tangan itu amat bermakna. Sungguh, aku rindu.

Ini tahun akhir. :)

Friday, January 14, 2011

Assalamualaikum. :)

Ya Allah...aku rindu. teramat rindu. :'(




Friday, January 7, 2011

Assalamualaikum. :)

" Ya Allah...sungguh, aku tidak mampu membohongi diriku.
Aku sangat merindui hamba-Mu ini, uMMiku. "

Ya Rahman, cucurilah rahmat ke atas roh bondaku,
peliharalah bondaku sentiasa berada didalam jagaan,
lindungan dan rahmat kasih sayang-Mu.

Al-fatihah ~

" Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan.
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "

Thursday, January 6, 2011

Delusi uMMi.

Kau sentuh cahaya dengan jemarimu
Di balik tabir mimpi
di raungan merindu
mengimbas figura di kesumba senja
tak siapa mendengar ratap hati bonda
di hadap ranumnya kasih
yang manis bermadu
mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu...

uMMi, engkau berdelusi
Impian ilusi
mimpi jadi ngeri
mengusik dinihari...

uMMi, engkau kehampaan
dambaan igauan
janji hanya mainan
gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran...

Keperitan itu temanmu yang sejati
di hujungnya bahagia menanti
bersama harapan dan pengorbanan diri
terus berbakti...

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
sebak dada tidak ketara
tenangnya wajah
tabah kau hadapi...

Kerana kau yakin
Tuhan lebih mengasihi...

uMMi...

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum. :)

Masa berlalu. pergi. tak kan kembali. tak akan. itu sahaja.
Masa berlalu. pergi. jauh. makin jauh. terus jauh.
Masa berlalu. pergi. laju. laju. dan laju.
Masa berlalu. pergi. kita akan kehilangan lagi.
Masa berlalu. tanpa disedari. adakah makin menghargai?

Dan...

Masa terus berlalu...tiada henti.

Sampai suatu ketika, apa yang akan kita lakukan sudah tidak bermakna lagi.
Kejayaan, perkahwinan, kelahiran, kematian di masa depan, kau sudah tiada.
Tidak dapat dibayangkan, suatu hari nanti, naik ke atas pentas menerima diploma,
ijazah, tanpa kamu di depan mata.
Tidak dapat dibayangkan, suatu hari nanti, ada jodoh, pernikahan berlangsung,
tiada kamu di depan mata.
Tiada kata mampu diungkap...hanya deraian air mata. Jangan diusap.
Biarkan mengalir...sepuasnya.

Semalam uMai luangkan masa dengan Mak. Sangat tersentuh apabila mak meluahkan perasaan. Ya, anak ramai. Mak, seorang. SAHAJA. Persoalan, bolehkah 10 orang anak menjaga mak seorang ? uMai tiada jawapan untuk soalan tu. Soalan tu hanya terjawab apabila kita jatuh sakit. Adakah anak2 sanggup tinggalkan aktiviti seharian untuk menjaga seorang mak ? Sanggup atau tidak ? Ingat, nak seribu daya, tak nak, hanya satu dalih.

Apa yang boleh uMai kongsikan. Hargailah selagi ada. Jagalah selagi ada.

Ketepikanlah urusan kamu sebentar. Perhatikanlah perubahan mereka. Baliklah selalu. Umur makin pendek, masa makin dekat. Masih tidak sedarkah ?

Pastikan tangisan kita nanti adalah tangisan rindu, bukan tangisan penyesalan.

Rindu sebab kita yang jaga mak kita selama ni.
Rindu nak dengar cerita dia.
Rindu dengan sentuhan dia.
Rindukan nasihat dia.

Bila sampai saat untuk ciuman dan tatapan terakhir nanti, biarlah tangisan kita, tangisan penuh penghargaan dan kerinduan. Bukan tangisan takut akan penyesalan.

Selagi ada, dengarlah setiap bait kata. Bila sudah tiada, kamu pasti akan merindukannya.
Selagi ada, baliklah selalu. Kerana, hanya itu sahaja harapan seorang mak setelah melihat kejayaan anak2.

sungguh berat menerima kehilangan, sangat ringan mendoakan ~

Saturday, January 1, 2011

Assalamualaikum. :)

Semalam 31.12.2010. Hari ini 1.1.2011.
Tak akan ada lagi 2010.
Masa berlalu.
31.12.2010, kelahiran dan kematian.
Ulang tahun kelahiran Aqif ke-18.
Pemergian Wan Yusrina Humairah.
Baby ni special...uMai pun tak tahu kenapa.
Sebab uMai sendiri first time bagi nama kat baby.
Dipinjamkan selama 3 hari saja.
Bidadari syurga menanti bonda dan ayahanda di sana.
Hari ini juga genap 9 tahun.
1.1.2002.
Sahabatku, moga tabah~

hidupkan kenangan mereka yg sudah tiada~

Al-fatihah.