Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, February 27, 2011

Assalamualaikum...
Nur Syuhada Ismail...pertama sekali, sy panjatkn kesyukuran ke hadrat Ilahi...kerana telah menganugerahkan seorang sahabat yg baik kpd sy utk mengharungi hari2 mendatang..
Tidak dapat dinafikan lagi...hubungan kamu dgn sy sudah seperti adik beradik...kamu la tempat sy meluah, marah, menangis, ketawa, bergurau dan sebagainya...
Di saat sy sakit....kamu di situ. Di saat uMMi sakit dan sy memerlukan perhatian...kamu di situ. Di saat sy akan menghadapi kehilangan...kamu di situ. Di setiap waktu sy melalui hari2 selepas kehilangan...kamu di situ.
Perkenalan kita cukup singkat...tapi keselesaan tak mampu dinafikan lagi.
Keduanya...sy nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga buat kamu. Sokongan kamu dari segi mental, fizikal, kewangan, ilmu dan sebagainya...hanya Allah yang mampu membalasnya.
Kadang2 rasa setiap pagi bangun...tak ade tujuannya...
Rasa nak pergi jauh....dan tidak mahu ade komitmen...
Saya yakin...jika diberi cuti dan diberi peluang utk pergi jauh...sy akan pergi jauh....jauh dari kehidupan normal sy...
Dan sy mahu keluarga sy menghormati keputusan sy...
Dalam gelak ketawa sy hari2.......sebenarnya itu semua adalah utk cover shj.
Yang mengukir senyuman adalah mulut dan bibir....tapi di dahi...terasa sangat berat dan keras...
tekanan yg tak akan hilang selagi sy tak temui cinta, semangat, dan arah sy yg baru...
Ya Allah...rindu yang amat...
walaupun kami diberi peluang utk bersedia dgn kehilangan uMMi...
tapi bukan semudah yg disangka...
setelah 4 bulan...sy mengaku...sy hilang arah...
Tanpa kata2 nasihat...sy tak dapat kawal kesabaran sy...
Tanpa tunjuk ajar...sy x berani dalam banyak perkara, contoh...g tolong kat kenduri, hal2 dapur dan lain2...
Tanpa kata2 semangat....tekanan mudah lekat di kepala...
Dan tanpa tempat utk meluah.....tekanan makin bertambah..
Dan secara jujurnya......mental dan fizikal sy sangat letih...
letih.
.........................................................................................................................

Itu mesej utk Ada. Saya faham ramai bertanya kenapa hampir setiap weekend dia ada bersama saya.
Semuanya bermula sejak weekend kedua selepas pemergian uMMi. Dia temankan saya balik melaka dari penang. Kemudian sejak dari tu, saya susah nak jauh dari dia.
Orang berkata memang senang. Dan bagi saya, selagi KAMU tidak pernah mengalaminya, jangan berkata-kata. Saya pun menanggung perasaan bersalah kerana memikirkan saya telah menyusahkan sahabat saya ni. Tapi setiap kali itu juga dia seperti 'tidak kisah'.

Saya minta maaf. Sudah tiba masanya saya perlu menerima dan mengharungi kehidupan baru saya. Tanpa uMMi di sisi. Tapi tetap di hati. Hingga mati, insyaAllah. Rasanya saya sudah beri banyak masa buat diri ini. Dan rasanya saya sudah makin bersedia memikul tanggungjawab ini. Izinkan saya mempunyai privasi untuk keluarga saya.

Semalam berlangsungnya akad nikah satu2nya sepupu perempuan saya dari pihak sebelah uMMi. Saya hampir menitiskan air mata bila membaca doa...kerana memikirkan uMMi tiada utk menyaksikan akad nikah bila tiba giliran saya. (insyaAllah). Kemudian saya terfikir, sahabat saya ni pula lagi la...wali nya pun sudah tiada utk menikahkan dia. Bila kita rasa kita diuji dengan berat, ingatlah ade lagi yang lebih berat.

Berakhir sudah perkhidmatan saya untuk keluarga kedua2 belah pihak. Berilah peluang untuk saya berkhidmat untuk keluarga DaiRos pula. Selamanya. InsyaAllah.

Sepanjang Mak di hospital juga, saya banyak belajar. Hidup singkat, akal perlu panjang. uMai tiada simpan dendam dengan mereka. YA. uMai akui, uMai terasa hati dengan mereka kerana tidak pernah datang menziarah uMMi sepanjang uMMi sakit...datang beraya, itulah kali pertama dan terakhir. Mereka boleh berbuat begitu dengan uMMi saya. Tapi saya tidak sampai hati untuk berbuat demikian terhadap ibu mereka. Kerana Mak juga menjaga, mengasuh dan mendidik saya. uMai juga sudah tiada lagi urusan dengan keluarga mereka. Cukup.

Ini sebagai pengajaran buat yang lain.

Genap lima bulan. Air mata ini mengalir hanya bila terfikirkan bonda tercinta.

Tiada sebab lain~

Sunday, February 20, 2011

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah...Mak sudah keluar hospital. Semoga Mak lebih selesa dan ceria di rumah. :)

Sungguh hanya Allah memperkenankan doa kita. Berkat bacaan Yassin dan solat hajat serta doa yg tidak putus buat Mak....dan Allah perkenankan doa itu. Ya Allah, kami bersyukur !

Rasa seperti kemenangan berpihak pada kita. Perasaan risau dan letih terbalas bila tengok Mak boleh bercerita macam biasa...hehe. :p

uMMi , uMai tak berkesempatan untuk berbuat begitu kat uMMi...tapi uMai berkesempatan bila sampai masa Mak...uMai minta maaf...

Rasa puas....terasa seperti uMai pergi melawat uMMi...bila uMai ada masa...uMai akan pergi jenguk Mak...

Bila tengok muka ceria Mak waktu uMai muncul....uMai membayangkan wajah uMMi... :(

sungguh, hati terasa lega pabila diberi peluang~

Tuesday, February 15, 2011

:'(

Andai diri ini redha dengan pemergianmu, mengapa masih ada air mata yg mengalir...
Perlu untuk kamu tahu...uMai amat sangat merinduimu...
uMai rindu semuanya...

Ya Allah, Engkau titipkanlah kesabaran yang tinggi untuk aku mengharungi hari-hari mendatang tanpa insan yang bergelar ibu..*bila hati diduga dengan sesuatu yg menguji kesabaran*

Aku hilang seorang pendengar...
Aku hilang penyejuk hati...
Aku hilang pemberi semangat...
Aku hilang teman...
Aku hampir hilang arah...

Pada mulanya...uMai tak tahu uMMi menghembuskan nafas terakhir di bilik tu...
uMai tanya Aqif...
Dalam hati ini berkata-kata...
Setiap kali uMai tengok katil-katil yg pernah uMMi duduk kat wad 1-1...
air mata bergenang...dada terasa berat...
banyaknya kenangan..

tekanan, tak dapat dinafikan lagi ~

Thursday, February 10, 2011

Assalamualaikum.

Mak ( nenek saya ), uMai tiada apa nak cakap jika ianya melibatkan individu2 tersebut. Tetapi, uMai akan ingatkan Mak...jangan fikir tentang mereka. Biarkan mereka...mereka sudah ada hidup masing2. Kalau Pak Njang kata nanti mereka balik...baliklah mereka.

Mak hanya perlu rehat...tenangkan fikiran...lupakan rumah. Lupakan semua. Ingat Allah selalu. Jangan risau. Mereka boleh jaga diri mereka sendiri.

Terpulang pada mereka.

uMai tak nak tengok Mak menangis lagi. Air mata tu dah banyak mengalir. uMai tahu Mak seorang yang kuat. Mak hanya perlu bertahan sikit lagi. Ini semua ujian buat Mak. Dan, pasti ada hikmah disebaliknya.

Jika Mak harapkan mereka PULANG. Mereka harapkan Mak SIHAT.

Mereka ada urusan mereka sendiri...ada hidup mereka sendiri. Nanti, mereka akan pulang semula ya. Mak hanya perlu bertahan di situ.. walau di mana pun mereka...uMai yakin, doa mereka mengiringi Mak.

akan ku genggam tanganmu lagi ~
dan ku akan terus pimpin tanganmu...selagi kamu memerlukan~

Monday, February 7, 2011

Assalamualaikum.

Redha. dan tabahlah. Apa pun yang berlaku, itulah yang terbaik buat kita.

Buatlah apa pun yang boleh memberi keselesaan kepada beliau.

Jangan sesekali menangis mengenangkan kemungkinan akan kehilangan...
tapi menangislah penuh kesyukuran kerana bebanan dan ujian itu penghapus dosa beliau. Sungguh, Allah memberi peluang kepada bonda kita.

Jagalah hati beliau. Diam tidak bermakna lemah.

Kasih sayang seorang anak, lain. kasih sayang seorang cucu, lain. Begitu juga, kasih, sayang dan cinta seorang suami, lain. Setiap dari kita dititipkan perasaan cinta, cuma tahapnya berbeza. Lantas, keselesaan kita dengan orang yang kita cintai itupun akan berbeza.

Sudah jelas, inilah masa untuk 'tutup' suis kehidupan normal kita~




Sunday, February 6, 2011

Assalamualaikum.

Keep praying. for the best. Keep smiling. for the future. Keep the tears away. for the loved one. And say, ALL IS FINE. :)

Bila kita pergi menziarah pesakit...ada adab2 nya.
Mengelilingi pesakit adalah perkara yang saya elakkan.
It is not a good thing.

Kamu membuatkan patient rimas.
Kamu membuatkan patient kuat semangat ke ?
Bagaimana dengan patient lain ?
Bagaimana bila ada emergency di katil lain ?
Just take it easy.

AND, jangan amalkan menangis di depan patient.
Believe me, patient akan tutup mata dan tak layan.
Because patient mengharapkan orang lain untuk senyum.
Berikan kekuatan.
Berikan harapan.
Bukan tangisan.

Ini semua psikologi.
Bila fizikal tidak mampu bertahan.
Hanya mental yang boleh kita bantu.
Apa jua situasi, be cool.

DAN, keluarkanlah kata2 semangat daripada mulut kita.
Jangan sesekali bagi patient rasa, 'dah sampai masa aku ke?'

DAN, tidak perlu semua berada di situ pada satu masa.
Kelihatan seperti satu wad tu 'lumpuh' dengan kehadiran kita.
Hanya yang memahami saja faham maksud lumpuh di sini.

sentiasa memberi harapan, bukan tangisan~

Thursday, February 3, 2011

Assalamualaikum. :)

Bila kita kehilangan, kita akan LEBIH menghargai.

Tidak salah jika tidak terlalu menghargai sebelum ini. Kita sentiasa belajar.

uMai sayu bila tengok keadaan tadi. uMai ke rumah PaPa. Mula2 dah pelik, kenapa gelap je rumah ni. Tapi ada 2 bijik kereta. Diberi salam, diketuk pintu hingga menggunakan batang penyapu. Ke mana semua pergi ??? Keluar ? Boleh keluar. BOLEH, Sangat boleh. Tiada halangan...tetapi, consideration. Consider...IF anything happen. Dalam hati terdetik, bila tiada yang balik...ditinggalkan. Bila sudah balik, ditinggalkan juga. Alahai...cuba bayangkan kita di tempat mereka. Parents tak akan mengaku kepada anak2 yang mereka ini sunyi. Cukup sudah jika anak2 pulang. SEKADAR pulang. Percayalah. Buatlah gathering segah mana pun. Jika tidak kerap pulang...kegembiraan ketika gathering hanya setakat tu je. KERAP lah pulang.

Selagi kita mampu berjalan dengan badan yang tegap, kita tak akan kisah anak kita balik atau tidak. Tunggu bila kita terbongkok-bongkok berjalan. Waktu itu lah kita menangis...

Wahai anak2 yang masih berpeluang berbakti...hargailah selagi ada. PULANG. KERAP.

Pulanglah....tatap wajah mereka. Dan sematlah dalam hati, esok lusa, belum tentu...sama ada kita atau mereka.

Hati ini mudah tersentuh dengan orang tua sekarang ni. Di hospital tu pun....ramai. Tengok orang tua tekan nombor...tunggu...beratur..beli makanan...terketar-ketar berjalan ke meja makan...alahai...sayu sangat...

Ya Allah....ada hikmah disebalik ketetapan-Mu. Mungkin inilah disebaliknya...kamilah insan terpilih untuk tidak membiarkan ibu dan ayah kami. Engkau ambil uMMiku...sungguh, di hati ini lega. Engkau bawa pergi kesakitan yang ditanggung.

hargailah selagi ada~

Tuesday, February 1, 2011

Assalamualaikum :)

Hari ini 1/2/2011.
Akhirnya, sampai juga hasrat dan hajat (bukan sama je ke dua perkataan tu ? *wondering* :p).
Dengan niat moga ianya dapat menyelamatkan. :)

uMMi, uMai minta maaf andai perbuatan uMai ini uMMi tak setuju dari awal.
Tapi uMai merasakan ianya perlu untuk membalas semula jasa mereka yang telah memberi sebelum ini. Doakan semuanya baik saja. :)

Empat beg, telah memberi peluang untukmu bernafas lagi.
Empat unit, membolehkanmu menjadi kuat.
Kemudian, empat beg lagi membolehkan kamu menyambut raya Aidilfitri buat kali terakhir bersama kami. Di situ, perlunya rasa untuk membalas. Mudah-mudahan Allah memberkati.

Sudah lamaku pendam hasrat ini~