Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, February 27, 2011

Assalamualaikum...
Nur Syuhada Ismail...pertama sekali, sy panjatkn kesyukuran ke hadrat Ilahi...kerana telah menganugerahkan seorang sahabat yg baik kpd sy utk mengharungi hari2 mendatang..
Tidak dapat dinafikan lagi...hubungan kamu dgn sy sudah seperti adik beradik...kamu la tempat sy meluah, marah, menangis, ketawa, bergurau dan sebagainya...
Di saat sy sakit....kamu di situ. Di saat uMMi sakit dan sy memerlukan perhatian...kamu di situ. Di saat sy akan menghadapi kehilangan...kamu di situ. Di setiap waktu sy melalui hari2 selepas kehilangan...kamu di situ.
Perkenalan kita cukup singkat...tapi keselesaan tak mampu dinafikan lagi.
Keduanya...sy nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga buat kamu. Sokongan kamu dari segi mental, fizikal, kewangan, ilmu dan sebagainya...hanya Allah yang mampu membalasnya.
Kadang2 rasa setiap pagi bangun...tak ade tujuannya...
Rasa nak pergi jauh....dan tidak mahu ade komitmen...
Saya yakin...jika diberi cuti dan diberi peluang utk pergi jauh...sy akan pergi jauh....jauh dari kehidupan normal sy...
Dan sy mahu keluarga sy menghormati keputusan sy...
Dalam gelak ketawa sy hari2.......sebenarnya itu semua adalah utk cover shj.
Yang mengukir senyuman adalah mulut dan bibir....tapi di dahi...terasa sangat berat dan keras...
tekanan yg tak akan hilang selagi sy tak temui cinta, semangat, dan arah sy yg baru...
Ya Allah...rindu yang amat...
walaupun kami diberi peluang utk bersedia dgn kehilangan uMMi...
tapi bukan semudah yg disangka...
setelah 4 bulan...sy mengaku...sy hilang arah...
Tanpa kata2 nasihat...sy tak dapat kawal kesabaran sy...
Tanpa tunjuk ajar...sy x berani dalam banyak perkara, contoh...g tolong kat kenduri, hal2 dapur dan lain2...
Tanpa kata2 semangat....tekanan mudah lekat di kepala...
Dan tanpa tempat utk meluah.....tekanan makin bertambah..
Dan secara jujurnya......mental dan fizikal sy sangat letih...
letih.
.........................................................................................................................

Itu mesej utk Ada. Saya faham ramai bertanya kenapa hampir setiap weekend dia ada bersama saya.
Semuanya bermula sejak weekend kedua selepas pemergian uMMi. Dia temankan saya balik melaka dari penang. Kemudian sejak dari tu, saya susah nak jauh dari dia.
Orang berkata memang senang. Dan bagi saya, selagi KAMU tidak pernah mengalaminya, jangan berkata-kata. Saya pun menanggung perasaan bersalah kerana memikirkan saya telah menyusahkan sahabat saya ni. Tapi setiap kali itu juga dia seperti 'tidak kisah'.

Saya minta maaf. Sudah tiba masanya saya perlu menerima dan mengharungi kehidupan baru saya. Tanpa uMMi di sisi. Tapi tetap di hati. Hingga mati, insyaAllah. Rasanya saya sudah beri banyak masa buat diri ini. Dan rasanya saya sudah makin bersedia memikul tanggungjawab ini. Izinkan saya mempunyai privasi untuk keluarga saya.

Semalam berlangsungnya akad nikah satu2nya sepupu perempuan saya dari pihak sebelah uMMi. Saya hampir menitiskan air mata bila membaca doa...kerana memikirkan uMMi tiada utk menyaksikan akad nikah bila tiba giliran saya. (insyaAllah). Kemudian saya terfikir, sahabat saya ni pula lagi la...wali nya pun sudah tiada utk menikahkan dia. Bila kita rasa kita diuji dengan berat, ingatlah ade lagi yang lebih berat.

Berakhir sudah perkhidmatan saya untuk keluarga kedua2 belah pihak. Berilah peluang untuk saya berkhidmat untuk keluarga DaiRos pula. Selamanya. InsyaAllah.

Sepanjang Mak di hospital juga, saya banyak belajar. Hidup singkat, akal perlu panjang. uMai tiada simpan dendam dengan mereka. YA. uMai akui, uMai terasa hati dengan mereka kerana tidak pernah datang menziarah uMMi sepanjang uMMi sakit...datang beraya, itulah kali pertama dan terakhir. Mereka boleh berbuat begitu dengan uMMi saya. Tapi saya tidak sampai hati untuk berbuat demikian terhadap ibu mereka. Kerana Mak juga menjaga, mengasuh dan mendidik saya. uMai juga sudah tiada lagi urusan dengan keluarga mereka. Cukup.

Ini sebagai pengajaran buat yang lain.

Genap lima bulan. Air mata ini mengalir hanya bila terfikirkan bonda tercinta.

Tiada sebab lain~

No comments:

Post a Comment