Ahlan Ya Ramadhan !
Setahun berlalu.
Kali pertama menjalani ibadah puasa tanpa kehadiran insan yang bergelar ibu. uMMi, kita berenam di tempat yang berlainan untuk Ramadhan kali ini. Ayah di Terengganu. Afiq di Gombak. Aqif di Bangi. uMai di Nilai. Radhi di rumah. Dan uMMi...kami doakan uMMi sentiasa dibawah rahmat kasih sayang Yang Maha Esa.
1 Ramadhan 1432H tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011. Sungguh terkesan di hati kami Ramadhan kali ini. 1 Ogos 1959 - 1 Ogos 2010, genap uMMi berusia 51 tahun. uMai masih ingat saat2 uMai call uMMi untuk wish birthday tahun lepas. Semuanya rasa macam baru je berlaku...bayangkan bertapa masa tak menunggu kita walau untuk nano-saat.
Tapi uMai boleh wish birthday seorang ibu pada tahun ini...iaitu ibu kepada Siti Khalilah. :)
No comments:
Post a Comment