Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 25, 2011

Assalamualaikum.

Seorang sahabat pernah berkongsi iaitu "lihatlah dunia ini dari tingkap akhirat".

Dek kerana kealpaan, saya tidak sempat bertanya lebih lanjut tentang makna disebalik ungkapan tersebut. Atau mungkin saya tidak berminat langsung untuk mendengar penjelasannya. Tapi hari demi hari, ungkapan itu berjaya menggetarkan hati kecil ini.

" Ya Allah.
Sungguh.
Terlalu banyak.
Terlalu jauh.
Engkau kuatkanlah semangat aku.
Andai aku harus kehilangan mereka.
Aku redha.
Untuk-Mu. "

Friday, September 23, 2011

Saya rindu seseorang.
Dia pernah datang dalam hidup ini.
Dengan tertib.
Dengan yakin meminta izin.
Restu diberi.
Perjanjian sukar dilafazkan.
Dia sahabat, rakan seperjuangan.
Dan, kematian itu pasti bagi yang bernyawa.

Terima kasih kerana sudi hadir menemani saya melukiskan warna-warni dalam kehidupan saya.
Terima kasih dengan bimbingan agama selama ini.
Terima kasih diatas setiap ingatan dan nasihat sepanjang perkenalan kita.
Ya...saya mungkin kejam. Tidak menerima kamu sejak dari awal dulu.
Saya redha.
Dan saya yakin, Allah itu Maha Adil.

Pasti, Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.
Sungguh, sayang saya terhadap kamu sebagai sahabat, tidak lebih dari itu.
Saya minta maaf.
Kamu juga pernah beritahu saya untuk mendahulukan ayah dan ummi.
Mempertahankan prinsip yang saya pegang.
Sampai waktu, prinsip itu perlu saya lunturkan untuk insan yang layak.

Kamu juga menasihati saya supaya menjaga kata2...diam itu lebih baik.
Saya minta maaf.
Saya hilang kawalan terhadap 'senjata tajam' iaitu mulut.

Kamu pernah mengingatkan saya supaya menjaga aurat...itu wajib.
Saya minta maaf.
Saya belum sempurna...tetapi sentiasa berubah.

Kamu pernah berkata : "jauhilah kawan2 yang suka bergelak ketawa dan tidak mengingati mati".
Saya minta maaf.
Tiba2, kawan2 menjadi nadi dalam hidup saya.

Kamu selalu berpesan : "istiqomah dalam sesuatu perubahan"
Saya minta maaf.
Saya cuba. Dengan istiqomah...datangnya ikhlas.

Peringatan buat rakan2 yang mempunyai teman lelaki / teman wanita, MENYENTUH KULIT LELAKI/WANITA YANG BUKAN MAHRAM ADALAH HARAM. Sungguh pun perhubungan kalian bertemu dengan pernikahan hendak-Nya, bertaubatlah dahulu. Sesungguhnya, pintu taubat itu luas terbuka buat hamba2-Nya. Kita pun tak digalakkan bersalam ibu dan ayah kita sambil menundukkan kepala (menyerupai rukuk) apatah lagi dengan teman lelaki /wanita. :)

Assalamualaikum.

uMMi,

it's been ONE year since the last kiss.

you will be missed for the rest of our ife.

Al-fatihah.

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

we love you ~


Saturday, September 17, 2011

Assalamualaikum.

Taman itu cantik. :)
uMai akan cuba jumpa uMMi sekali seminggu.
Andai uMai tidak dapat hadir, doa uMai sentiasa mengiringi. insyAllah.

Muhasabah diri selepas menginjak usia 21 tahun (sekadar perkongsian) :

Aku ni seorang kawan atau sahabat ?
Lihat dengan siapa kita bergaul. Bukankah kita ni di atas muka bumi dicipta untuk saling ingat-mengingati ? Cuba anggap bahawa setiap teguran, nasihat dan peringatan itu datangnya dari Allah menerusi hamba-Nya yang lain. Sebagai contoh, melalui ibu, bapa, abang, kawan2 dan sebagainya.

Hari itu, ketika aku merasakan aku bukanlah seorang sahabat...tapi sekadar kawan. Bercakap belakang bila hati penuh dengan hasad dengki. Mengutuk bila hati tidak berpuas hati. Senang cerita, dari hati yang kotor, datangnya percakapan yang busuk ! Astaghfirullah...

Aku tersedar sesuatu, Walaupun "KUBUR LAIN2, DOSA LAIN2, SIKSA NERAKA LAIN2"
INGATLAH...yang memandikan, mengkafankan, sembahyangkan, mengkebumikan jenazah kamu adalah "ORANG LAIN"
Astaghfirullah ! betapa angkuhnya aku. betapa bongkaknya aku.
.
Aku terus menunaikan solat sunat taubat. Menangis memohon ampun. Ya Allah, aku ini bukan sekadar kawan yang baik....jauh sekali untuk menjadi sahabat. Aku ini bukan anak yang sempurna...jauh sekali menjadi anak solehah. Aku ini ini tidak layak untuk syurga-Mu, tetapi aku tidak pula sanggup ke neraka-Mu. Ya Allah, walapu apa pun takdir untuk ku, aku mohon pada-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman ku, matikanlah aku dalam agama-Mu dan semoga Engkau sentiasa bersamaku. Amin
...
Bagaimana kita bergelak ketawa sesama rakan...tetapi apabila ditegur sedikit kesalahan, kita cepat melenting...dan mempertahankan kesilapan kita itu tanpa berfikir sejenak. "dia tegur aku, aku buat salah ke? " ATAU kita memang berfikir tapi begini "dia nak tegur aku apahal pulak ? macam bagus sangat?"

Cubalah menerima kesilapan dan kekurangan diri sendiri di masa hadapan. Sentiasa berfikiran positif dalam menerima teguran dari "ORANG LAIN". Berani tegur, berani tanggung. Andai tidak berkesan, jauhilah. Semudah itu.

Begitu juga aku sebagai seorang anak. Astaghfirullah...ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah.

3 perkara payah buat :
  1. baik kepada orang yg tak baik pada kita.
  2. jaga nama orang yang diumpat.
  3. akui kesilapan kita.
Orang yang tahu (bahaya lidah) tak banyak bercakap dan orang yang ada (iman dan ihsan) tak akan menunjukkan apa apa kesan ke atas amal ibadahnya. Cemuhan tidak menjadikan amalnya berkurang, pujian tidak menjadikan amalnya bertambah.. ('Iyyaka Na'budu Wa 'Iyyaka Nasta'innn- Kepada Engkaulah kami Menyembah dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"). Kita dari Allah dan kepada Allah kita dikembalikan..

Ini sekadar perkongsian.

"Sesungguhnya, yang buruk itu datang dari diri ini dan yang baik itu datangnya dari Allah"


Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum.

Apa perasaan selepas genap setahun ?

" Dengan penuh harapan dan doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi, Ya Allah, kau ampunilah dosa2 uMMi, kau cucurilah rahmat ke atas roh uMMi ku. Kau lapangkanlah pusaranya dan kau terangilah ia dengan cahaya keampunan-Mu. Ya Rahman Ya Rahim...berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi hari2 mendatang...sungguh, kerinduan itu satu anugerah dari-Mu. Amin Ya rabbal a'lamin. "

Bila rindu.
tak ada perkataan yang boleh 'describe'.
Hanya linangan air mata mengalir dalam diam.
Sebak di dada tiada siapa tahu.
Setahun, sangat cepat.
Cepatnya masa berlalu.
Pantasnya masa mengejar kita.
Dekatnya ajal dengan kita.

Ya.
uMai yakin.
Allah hanya akan menguji hamba-Nya mengikut kemampuan.
Yang tinggal buat kami sekarang ini ialah terus-terusan mendoakan kesejahteraan uMMi di sana.
Kenangan, pahit dan manis, susah dan senang.
Pakaian.
Rumah.
Gambar.
Didikan.
Belaian.
Kasih sayang.
Cerita dari mereka yang merindui uMMi.
Barang2 milik uMMi.
Bila disentuh...Ya Allah, dia masih dekat dengan diriku.
Bila dilihat...Ya Allah, ku rindu.
Bila difikirkan...tiada apa yang kita bawa masuk kubur nanti.
Semuanya ditinggalkan.

Ya Allah, tabahkanlah hati kami menerima takdir-Mu sebagai suratan hidup ~

Monday, September 12, 2011

Assalamualaikum.

Genap setahun.
14 Syawal 1432H.

Al-fatihah.

Wednesday, September 7, 2011

Assalamualaikum.

Birthday = empty.

But, I'm 21.
Nak bercakap tentang matang ?
Tanggungjawab?
Yes, uMai sudah rasa semua tu sebelum berusia 21 tahun.
Sekarang...terasa mahu lebih istiqomah....mengekalkan yang baik.
Mengurangkan keburukan.
Mendekatkan diri dengan Allah.
Terasa hidup ini singkat selepas kehilangan.
Itulah makna sebuah kematian.
Untuk kita belajar erti hidup.
dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
insyaAllah.
uMMi doakan uMai ya.

Terima kasih kepada yang sms dan memberi hadiah. :)