Dia pernah datang dalam hidup ini.
Dengan tertib.
Dengan yakin meminta izin.
Restu diberi.
Perjanjian sukar dilafazkan.
Dia sahabat, rakan seperjuangan.
Dan, kematian itu pasti bagi yang bernyawa.
Terima kasih kerana sudi hadir menemani saya melukiskan warna-warni dalam kehidupan saya.
Terima kasih dengan bimbingan agama selama ini.
Terima kasih diatas setiap ingatan dan nasihat sepanjang perkenalan kita.
Ya...saya mungkin kejam. Tidak menerima kamu sejak dari awal dulu.
Saya redha.
Dan saya yakin, Allah itu Maha Adil.
Pasti, Allah ada rancangan yang lebih baik untuk kita.
Sungguh, sayang saya terhadap kamu sebagai sahabat, tidak lebih dari itu.
Saya minta maaf.
Kamu juga pernah beritahu saya untuk mendahulukan ayah dan ummi.
Mempertahankan prinsip yang saya pegang.
Sampai waktu, prinsip itu perlu saya lunturkan untuk insan yang layak.
Kamu juga menasihati saya supaya menjaga kata2...diam itu lebih baik.
Saya minta maaf.
Saya hilang kawalan terhadap 'senjata tajam' iaitu mulut.
Kamu pernah mengingatkan saya supaya menjaga aurat...itu wajib.
Saya minta maaf.
Saya belum sempurna...tetapi sentiasa berubah.
Kamu pernah berkata : "jauhilah kawan2 yang suka bergelak ketawa dan tidak mengingati mati".
Saya minta maaf.
Tiba2, kawan2 menjadi nadi dalam hidup saya.
Kamu selalu berpesan : "istiqomah dalam sesuatu perubahan"
Saya minta maaf.
Saya cuba. Dengan istiqomah...datangnya ikhlas.
Peringatan buat rakan2 yang mempunyai teman lelaki / teman wanita, MENYENTUH KULIT LELAKI/WANITA YANG BUKAN MAHRAM ADALAH HARAM. Sungguh pun perhubungan kalian bertemu dengan pernikahan hendak-Nya, bertaubatlah dahulu. Sesungguhnya, pintu taubat itu luas terbuka buat hamba2-Nya. Kita pun tak digalakkan bersalam ibu dan ayah kita sambil menundukkan kepala (menyerupai rukuk) apatah lagi dengan teman lelaki /wanita. :)

No comments:
Post a Comment