uMai ada final exam minggu depan.
uMai dah tak bermotivasi lagi untuk mengejar kecemerlangan pelajaran.
uMai minta maaf andai itu mengecewakan uMMi.
tapi uMai yakin, uMMi pasti berbangga dengan cara uMai berfikir sekarang ni.
uMai mahu belajar dengan niat yang ikhlas kerana Allah.
Menuntut ilmu itu biarlah seiring dengan ibadah kepada Allah.
Tak dinafikan, uMai mengalami konflik dengan diri sendiri.
Hanya DIA Maha Mengetahui.
uMai berserah.
Hati itu urusan Allah, biarlah uMai meminta agar DIA menjaga hati uMai sebaik mungkin.
dan uMai yakin, aturan takdir Allah adalah yang paling sempurna.
mencari kemanisan iman, mencapai keredhaan Allah ~
No comments:
Post a Comment