Dah lama tak meluah perasaan di sini ya. Last entry pun 11 November yang lalu.
Sebulan lebih.
Final Exam.
Kursus Induksi.
Bercuti.
Berjalan.
dan macam-macam lagi.
OKay !
Nak share tentang apa ya?
hmm...let see. (rindu ini tak akan ada titik noktah kan? tidak ada penghujungnya kan?)
Firstly,
Aqif dah berjaya menamatkan semester pertama dia dengan cemerlang. Alhamdulillah.
Result dan perkembangan diri dia pun memuaskan. uMai harap dia boleh improve lagi.
Dia dah banyak berdikari...compare masa uMMi ada dulu. Dan uMai yakin, dia bersedia untuk terus berdikari, memandangkan selepas ini dia akan tinggal di rumah sewa. Sudah tentu lebih banyak survival skill yang akan dia explore. Andai yang negatif terjadi, anggaplah itu sebagai pengalaman dan pengajaran. Dan, yang positif itu dijadikan pegangan hidup. uMai yakin doa uMMi mengiringi perjalanan dia. insyaAllah.
Second,
uMai dah habiskan diploma. Tak boleh terlalu bangga dan selesa buat masa sekarang. Semuanya belum rasmi kan ? :p
Third,
Berkenaan dengan majlis tahun depan...uMai pasrah ? redha ? Mungkin uMai pasrah buat masa ini...moga hati ini kuat untuk redha dengan takdir. Perasaan uMai....takut, sedih, kecewa, rindu...pelbagai. Apa yang uMai boleh katakan...penerimaan itu belum tahap 40% dan penolakan itu 0%. Dan...penerimaan 100% itu kelihatan seperti mustahil. Tapi, doakan yang terbaik untuk semua pihak.
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu,
ampunkanlah segala dosa dalam diri,
ku percaya Engkau bisa meneguhkan,
pendirianku,
keimananku.
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari ~
No comments:
Post a Comment