Assalamualaikum . :)
Disember 2013.
Sampai sudah ke penghujung tahun.
2013 yang mematangkan. Alhamdulillah.
Homecoming baru ni uMai ziarah uMMi dan PaPa. Seingat uMai, kali terakhir uMai berbuat demikian pada hari pengkebumian PaPa (Mei 2013)
Hati yang tenang. Mujahadah itu bukan mudah tapi tidak mustahil.
3 tahun, 3 bulan dan 3 hari. Rindu itu, semua masih terbayang. 'Langkah' ini makin kuat...dan akan terus kuat.
Kami akan terus tembak doa utk mereka yang sudah pergi. Urusan duniawi kalian sudah selesai. Bagaimana keadaan dan bila giliran kami pula...?
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" - "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya.".
Ibunda tercinta. Daimah Binti Abu. Pemergianmu...sebuah ibrah harus kami singkap sebagai bekalan buat kami menjalani kehidupan. 1 Ogos 1959 - 23 September 2010.
Thursday, December 26, 2013
Thursday, August 1, 2013
Assalamulaikum.
:)
1 Ogos 1959 - 23 September 2010
al-faatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pemilik hari pembalasan
Hanya pada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan
Tunjukkilah kami jalan yang lurus
a
Jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jlan orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat
:)
" Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian."
Hari ini 1 Ogos.1 Ogos 1959 - 23 September 2010
al-faatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Pemilik hari pembalasan
Hanya pada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan
Tunjukkilah kami jalan yang lurus
a
Jalan orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jlan orang yang Engkau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat
Monday, June 3, 2013
Assalamualaikum.
Tanggal 23 Mei 2013 (Khamis) , insan yang ku gelar 'PaPa' pergi buat selama-lamanya. Menemui Sang Pencipta.
Aku berada di pulau sejak hari Sabtu. Dapat keluar pulau pada petang Khamis. Sedang beristirehat , aku dapat panggilan daripada sepupu. 'PaPa dah meninggal'. Air mata jadi peneman sementara. Aku terus menyuarakan hasrat utk pulang ke Melaka.
Tanpa berlengah, kami bergerak ke Melaka, sampai lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm.
Insan yang menepati masa. Setia pada janji. Kasih sayang tak berbelah bahagi. Ayah kepada 10 orang anak, bapa mertua kepada 11 menantu. Datuk kepada 37 orang cucu dan Moyang kepada 3 orang cicit.
Insan yang pernah ku berkongsi kasih ketika zaman kanak-kanak. Pernah merasa kemanjaan yang dicurahkan.
Awal Mei hari tu ku pulang ke Melaka. Melihat dirinya semakin dimamah usia, ku sedar, perpisahan terakhir itu pasti berlaku jua.
24 Mei 2013, jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan di Seri Serindit. Seterusnya dibawa ke Masjid Al-A'zim utk disolatkan sekali lagi. Akhirnya, ditempatkan di kediaman baru dan secara rasmi mendiami, meninggalkan kami dengan kenangan indah.
Al-fatihah. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abu bin Hamid, Amanah binti Atmadan, Daimah binti Abu dan Mohamed Said Bin Abdul Wahab, moga ditempatkan dikalangan para solihin.
"Papa, gurauanmu pasti kami rindu. Papa mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan meriah sekali. Pemergianmu kami tangisi. Kelibatmu kami rindui. Nasihatmu kami ingati. Papa, damailah dikau di sana"

Monday, January 14, 2013
Ku kan Kembali dan Kucup Dahimu. Bhgn 1.
Assalamualaikum.
19 September 2010.
"uMai tukar pampers uMMi. last. lepas ni tak ada dah". Sambil aku melihat jam di dinding. Takut tidak sempat ke LCCT untuk flight ke Penang petang Ahad itu. Namun apakan daya, pujuk insan bergelar ummi ini tidak mampu ku tolak. Tanpa berlengah, aku terus melakukan tugasan tersebut.
Selesai sudah, aku duduk menemani ummi di atas katil. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah. Masanya sudah sampai. Aku harus berangkat...abang Radhi yang akan menghantar aku ke LCCT.
Tanpa berlengah aku mencapai beg galas di dapur, dan kembali semula aku berdiri di muka pintu bilik untuk panggil uMMi. "uMai pergi dulu". uMMi tidak berpaling terhadap panggilan aku. Posisi menghadap ke dinding itu tidak berubah.
20 September 2010.
Handphone berbunyi. Ada SMS masuk. "wt pe", sender : uMMi. Waktu lebih kurang pukul 1 pagi. Terdetik di hati....beliau masih belum melelapkan mata. Aku terus menekan butang hijau...memikirkan beliau mungkin hendak mendengar suara anak perempuan yang seorang ini. Namun...beliau seperti tidak berdaya untuk berkata-kata. Hanya Assalamualaikum dan jaga diri sahaja yang dipesan.
21 September 2010.
Perkhabaran daripada Obek Nah yang mengatakan uMMi perlu dibawa ke hospital dengan segera. uMMi masuk wad...dan doktor kata perlu di tebuk untuk mengeluarkan cecair di paru-paru. Aku di Penang waktu tu...aku dan Ada sudah membeli tiket wayang..namun Obek sempat telefon memberitahu keadaan uMMi itu. Aku terus membatalkan niat.
22 September 2010.
Segala panggilan telefon ku tidak berjawab. Ada yang jawab pun daripada orang lain. Bukan suara uMMi. Langsung aku tidak dengar lagi suara itu...
23 September 2010.
Aku dan Ada berada di rumah sewa kami di Penang. Aku tidak ke tempat praktikal kerana tidak berapa sihat pagi itu. Dalam pukul 12 tengah hari...ayah telefon...meng-update kondisi uMMi. Ayah kata uMMi makin lemah. Dengan satu panggilan sahaja...aku terus buat keputusan untuk pulang. Waktu itu aku merasakan aku betul2 tawakkal....dalam hati mengharapkan sangat aku sempat berjumpa insan bernama uMMi. Menaiki teksi ke Airport Penang. Ambil tiket flight.Sesudah check in...dan boarding...aku menerima panggilan daripada adikku, Afiq. "uMMi dah meninggal". Jawapan kepada semua itu hanya air mata. Seterusnya, aku terbang pulang...

Subscribe to:
Comments (Atom)