Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, October 4, 2010

Assalamualaikum.

Umai masih terbayang hari tu, 23 september 2010. Pagi tu, umai bangun seperti biasa. Pukul 12 lebih, umai terima panggilan daripada ayah. Terus umai buat keputusan untuk balik Melaka. Naluri umai kuat nak balik Melaka masa uMMi kena tebuk untuk keluarkan air kat paru-paru.

Nasihat umai kat kawan suatu ketika dulu umai tak ambil perhatian...umai pernah pesan kat Ada (sahabatku), "kalau nak balik, balik je, jangan fikir 2 kali". Mungkin jarak masa yang sekejap membuatkan umai berfikir dua kali untuk balik.

Umai terus cari teksi untuk ke airport. Dugaan dengan trafik jam...driver teksi yg slow. Dah sampai airport, kaunter airasia yang slow pula. Umai ingatkan dapat flight 2.55pm. Tapi lambat beberapa saat...ade hikmah disebaliknya, flight 2.55pm delay akhirnya. Umai dapat flight 3.35pm. Kalau umai dapat flight 2.55pm dan terbang mengikut waktu tu...mesti umai lambat dapat berita. Allah ade aturan-Nya.

Siapa duga...umai melalui situasi seperti itu. Terasa seperti dalam drama. Semuanya seolah-olah mimpi. Umai takut sangat sepanjang perjalanan. Dua kali umai sms kawan umai, "sy jz harap sy sempat". Selang beberapa minit lepas tu, afiq called. "uMMi dah meninggal". umai tak menangis. dalam hati berkata, "uMMi rehat ye...uMMi dah lama tak tidur lena".

Umai called Ada (sahabatku)...waktu tu la menitisnya air mata umai buat pertama kali. Umai tak menangis dah...sampai la Mami dan Kak Nurul peluk umai setibanya di LCCT. Terasa amat lemah bila dipeluk ketika itu.

Umai tak menangis juga sepanjang perjalanan....sehinggalah umai betul2 di hadapan uMMi. Umai rasa lemah satu badan...menggigil...kelu, kaku. Itu lah uMMi ku. Dada yang kali terakhir umai lihat berombak, kini tidak beralun lagi...bagaikan mimpi. Air mata terasa murah. Sangat laju. Dan saya tidak mahu dipeluk ketika ini.

Umai tak buka kain untuk menatap wajah uMMi. Umai perlukan kekuatan. Satu je sebabnya. Umai tak nak menangis bila menatap wajah uMMi. Selama uMMi sakit, uMMi tak menangis lama. Dan sepanjang umai jaga uMMi di rumah dan hospital, umai tak menangis depan uMMi. Bila uMMi menangis masa ade orang datang ziarah sepanjang sakit...umai selalu pesan, jangan menangis...nanti uMMi penat..simpan tenaga tu. uMMi pun terus tak menangis lagi. uMMi memang kuat.

Tapi umai manusia biasa...umai menangis semahunya bila menatap wajah uMMi buat kali terakhir. Ramadhan hari tu...uMai pernah bertanya kat Ada (sahabatku), "ape perasaan bila jenazah ayah awak dibawa pergi?" Semua persoalan tu sudah terjawab.

Lagi sekali umai menangis semahunya tatkala melihat keranda diusung pergi...uMai cukup sedar...uMMi tiada lagi, jasad dan fizikal. Roh dan semangat masih bersama kami. Selamanya. Darah yang mengalir dalam tubuh kami, darah uMMi juga. Makanan yang menjadi darah kami, hasil titik peluh uMMi, dengan izin Allah.

Hari ni...mereka ke pejabat uMMi, ambil barang2 uMMi. Umai nak pergi juga...nak melihat tempat uMMi mencari rezeki selama ni...tapi, umai akan datang pejabat bila umai ade kelapangan nanti. insyaAllah.

Disaat kita berjauhan , rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh girang, bak si kecik kehilangan.
tiada aku tanpamu, hanya kau satu didunia.
bertakhta kau di jiwaku~

In Loving Memory, Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment