Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, October 7, 2010

Assalamualaikum.

Dua hari umai tak update...tak bermaksud umai tak rindu uMMi. Umai belum pernah miss sedekahkan Yassin untuk uMMi. uMMi dah puas doakan kami..anak-anakmu, sekarang tanggungjawab kami mendokan uMMi. Moga uMMi peroleh kesejahteraan di sana...moga ketenangan dan kesenangan untuk uMMi sentiasa...insyaAllah.

umai dah tak ada orang nak dengar cerita pasal kawan2 umai...study umai, aktiviti umai hari-hari. Dulu uMMi yang selalu dengar cerita umai. Umai tak selesa nak cerita kat orang lain...tak sama...

umai suka dengar uMMi cerita tentang hal2 pejabat...pasal projek2 yang 'Big BOOs' uMMi akan buat. Hari tu...umai jumpa ramai kawan uMMi. uMMi selalu cerita pasal mereka..umai baru perasan..uMMi cerita semua tentang kebaikan mereka. Bagi uMMi yang suami jauh...kawan2 pejabat uMMi banyak membantu untuk uMMi bergerak ke sesuatu tempat.

Satu sifat uMMi yang umai kagum dari dulu ialah sifat pemurah. uMMi sangat pemurah dalam meinjamkan sedikit kesenangan yang uMMi ada kepada mereka yang memerlukan. Hari tu, ayah ade tanya, uMMi ade hutang dengan sesiapa tak, umai diam. Dalam hati umai berkata, 'uMMi dah halalkan'.

Pernah suatu ketika umai jaga uMMi kat hospital, uMMi kata ramai yang berhutang dengan uMMi, tapi uMMi halalkan. Ya. Umai sedar ramai yang pernah datang meminjam dengan uMMi. Walaupun pernah umai tak berapa setuju dengan jumlah yang dipinjamkan. uMMi kata, 'ni hari dia, hari kita belum tahu lagi'. umai rasa lega...sepanjang umai dengan uMMi, umai tak pernah dengar lagi uMMi kata uMMi ade pinjam duit dengan orang.

Hmm...kalau bab2 makan. uMMi suka layan anak-anak buah. Tak kisah la sesiapun yang datang. Suatu petang hari tu, umai duduk berbual dengan Ahmad Anwar dan Aliyah kat tepi rumah....Aliyah pun tiba2 kata kat abang dia, 'Kalau Mak Lang ada, mesti Mak Lang dah tanya, dah makan ke belum kan'. Ahmad Anwar pun terdiam..umai pun diam. Dalam hati umai kata, 'dah tak ada orang masak untuk kami'. Dah tak ada air tangan uMMi...

Pasal makanan pula, masakan uMMi yang terkahir umai makan ialah Bakso. umai beritahu uMMi : 'masak bakso eh, umai balik hujung minggu ni'. Walaupun uMMi dah mula tak sihat waktu tu, uMMi tetap masakkan. Sedangkan umai cakap hanya dalam nada bergurau. Lepas tu, uMMi dah tak masak. Kalau ada uMMi masak lagi lepas tu, mungkin umai tak ada di rumah.

uMMi...umai mungkin jarang ungkapkan kata sayang kat uMMi. uMMi pun kenal umai memang macam tu. Umai pernah beritahu uMMi...'umai tak reti nak ungkap perkataan sayang, tapi semuanya ditunjukkan melalui perbuatan umai'. Sepanjang umai jaga uMMi, uMMi berkali-kali minta maaf dengan umai. uMMi tak pernah menyusahkan walaupun umai terasa penat ulang-alik hospital. umai sanggup....umai rela.

Umai sanggup tak tidur malam untuk jaga uMMi. umai sanggup bangun pagi untuk pergi semula ke hospital kalau uMMi perlukan umai, sedangkan ada orang yang dah gantikan umai. Itu semua sikit je kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan uMMi jaga kami berlima bila kami demam.

Alhamdulillah. Umai tak ada penyesalan yang amat sengat bila fikir pasal uMMi. Umai seperti terasa lega bila Afiq kata uMMi dah tak ada...uMMi perlukan rehat. Sepanjang kami jaga uMMi, memang uMMi jarang sangat tidur. Mesti uMMi letih.

Tapi masa umai cuti seminggu raya, uMMi banyak tidur. Umai tegur Afiq, 'sejak bila uMMi boleh tidur ni?' Afiq kata biasa je. Hmm...sebagai anak yang berjauhan dengan uMMi, setiap perubahan uMMi secara fizikal dan mental, mesti umai perasan. Ada yang umai diamkan. Ada yang umai share. Perasaan umai bila perasan akan perubahan uMMi, umai simpan dengan baik. Biarlah hanya Allah yang tahu.

bersemi belain kasih sayang yang berpanjangan
darimu, insan yang mendoakan kebahagiaan anak2mu~

In Loving Memory, Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment