Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Untuk segalanya.
Hanya mahu mengucapkan 'alhamdulillah'.
Okay. Sekarang ni tengah cuti.
Alhamdulillah dapat mengharungi semester 5 dengan baik.
Andai tidak baik dari segi akademik, tetapi baik dari sisi menjadi insan yang lebih baik.
Pengalaman mendewasakan kita. Dan setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Yang buruk itu datangnya daripada kami, dan yang baik itu datangnya daripada-Mu, Ya Allah.
Baru2 ni ke PC Fair.
Saya mengalami perasaan yang sama uMMi rasai suatu ketika dulu.
Barulah saya benar-benar memahami bagaimana susahnya untuk mendapatkan sesuatu yang mahal. Dibayar dengan duit. Tapi, saya tetap tak dapat beliau di depan mata lagi. Bayarlah dengan semua duit kat atas muka bumi ni...tetap tak akan bernyawa lagi.
Urusan adik saya juga berjalan lancar. Seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Mungkin tiada rezeki di IPTA, seperti abang2 dan kakak dia. Semalam saya membuka laman web satu IPTS ni, terasa gembira kerana permohonan diterima. Sekurang-kurangnya, bolehlah adik pilih yang mana dia selesa. Saya yang tolong dia isikan borang permohonan, kemudian saya yang check kan result, saya yang excited beritahu kat dia....itulah apa yang uMMi pernah lakukan kat saya suatu ketika dulu. Selepas dapat tahu pasal result permohonan tu, diri ni seperti diisi dengan harapan, harapan yang tinggi untuk adik. Harapan semoga dia dapat pilih dengan tenang, tanpa gangguan dari mana2 pihak. Harapan semoga dia memikirkan peluang dan masa depan dia. Harapan agar dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar. Agaknya itulah harapan uMMi sejak kami dari kecil hinggalah kami menginjak dewasa. Terima kasih untuk semua yang tak henti memberi kata2 'semangat'. Usaha anda amat saya harga. Kehilangan insan bergelar 'mak' ketika baru hendak mengorak langkah ke dunia luar bukanlah mudah, tetapi tidak mustahil. Beri kami masa. Saya yakin, uMMi merestui langkah kami ke mana sahaja kami pergi untuk menuntut ilmu.
We are getting closer.
'after a year'.
That is the only condition.
Because we need to feel the emptiness,
so that we can still have her in our small little space.
after two decades.
I just ask you to hold on for only a year.
A year.
Only.
We, still grieved for the lost.
Eventhough you never ask how we feel.
You never listen to us.
But, for this time,
'after a year'. at least.
Please.
No comments:
Post a Comment