"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati..."
Insan bernama Sharifah Naquiah binti Syed Jaharudin kembali ke rahmatullah pada Sabtu, 11.06.2011. Pemilik nama ini merupakan insan yang sangat kuat. Berbadan kecil...tetapi semangat beliau sungguh tak disangka.
Menghidap Aplastic Anemia semenjak berusia 8 tahun. Terlalu berat ujian daripada Allah untuk beliau dan keluarga. Perkenalan kami sangat singkat. Hanya beberapa bulan. Tetapi saya banyak belajar dari beliau.
Saya belajar bagaimana untuk menyelesaikan rubik's cube. suatu hari pergi melawat beliau di Wad GH Melaka. Beliau la yang ajar langkah pertama...memandangkan dah berjumpa orang yang mempunyai minat yang sama...saya pun mula la tengok youtube dan belajar dari youtube. Kali pertama dapat selesaikan Rubik cube tu...orang pertama yang saya sms adalah Sharifah Naquiah. Tetapi tiada reply. *last saya update tentang beliau...beliau berada di Ampang ketika itu*. Dalam hati ini berkata, mungkin dia tengah rehat.
Suatu hari, saya sms beliau bertanyakan khabar...tiada juga reply. *dalam hati tertanya2 apa perkembangan beliau*
Tanpa diduga....ada satu sms berbunyi, "bgtau ar brite baik". saya terus cerita tentang saya dapat selesaikan rubik's cube. Untuk pengetahuan, saya memang mempunyai impian / cita2 untuk belajar selesaikan rubiks. tapi tak jumpa orang yang boleh mengajar. Arwah berjaya membuatkan saya menunaikan hasrat yang disimpan dari kecil... Terima kasih, kawan. :)
Biarlah setiapa kenangan tersimpan rapi dalam kotak ingatan ini.
" Naquiah, kau dah lama berjuang. Aku banyak belajar. Kau sangat kuat. Aku memang nak berikan semangat 100% kat kau. Aku pergi melawat kau bila aku free...sebab aku tahu ape perasaan duduk hospital. Aku tak boleh bantu banyak. Tapi dengan harapan kehadiran aku dapat memberikan sedikit keceriaan pun cukuplah. Aku menitiskan air mata bila ke page fb kau. Kau balas post aku kat wall kau...aku sangat happy. At least, aku tahu sedikit perkembangan kau. 21 May...wall kau dipenuhi dengan birthday wishes...family, sedara-mara dan sahabat handai mendoakan kau, Naquiah. Kemudian....wall kau dipenuhi pula dengan ucapan takziah buat keluarga kau...dan juga Al-fatihah buat kau di sana. Naquiah....sudah sampai waktu untuk kau berehat...kau antara insan terpilih untuk diduga di dunia ini...menandakan kasih sayang
Allah kat kau sangat tinggi. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama dengan mereka yang sabar. Selamat tidur. Sharifah Naquiah Syed Jaharudin, 21 Mei 1989 - 11 Jun 2011. "
Al-fatihah.
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan.
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan.
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
No comments:
Post a Comment