Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, June 22, 2011

Assalamualaikum.

Lokasi : Wad 1-1 Hospital Besar Melaka.

Sekitar bulan Jun 2010.

Jauh dari katil uMMi.

MaMa : "kamu kena bagi semangat kat uMMi untuk lawan penyakit. Ini semua ujian Allah. Anak2 dan suami kena tabah untuk dia. Kamu sebagai kakak....bantu2 kat rumah. Hidup tetap kena teruskan." (begitulah lebih kurang penyampaiannya)

uMai : "uMai pernah beritahu uMMi yang uMai sanggup tangguh study satu semester kalau uMMi setuju. uMai nak teman dan jaga uMMi sampai uMMi sihat semula. uMai dah bayangkan kami sama-sama lawan penyakit tu. uMai sanggup."

Perbualan tamat disitu.

uMai tak biasa ungkap kata sayang. Tapi uMai buktikan melalui perbuatan.

Ya Allah. Sesungguhnya, rindu itu anugerah-Mu. Perlu ada kesalahan untuk tahu yang mana betul. Perlu ada kehilangan untuk belajar menghargai. Perlu ada pengorbanan untuk berbakti. uMMi adalah antara ibu yang dipilih untuk merasai kasih sayang anak2 ketika sakit. Ketika perlukan perhatian. Kerana aku melihat bagaimana ada anak2 lain yang tidak sanggup berkorban untuk ibu mereka.

Setiap kali menangis...uMai terfikir...apa makna disebalik air mata ini...penyesalan ? kenangan ? terasa perlukan uMMi ? uMai belum terasa penyesalan yang teramat sangat. uMai diberi peluang untuk berjasa walaupun sedikit...walaupun di akhir hayat uMMi. Sekurang-kurangnya uMai menghargai peluang itu. Jawapan yang uMai dapat ialah perasaan memerlukan perhatian/kasih sayang uMMi tatkala diri ini terasa lemah.

Tetapi,

setiap kali uMai memikirkan kesabaran uMMi selama ni...membuatkan uMai teruskan semangat untuk tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada seorang ayah. Terasa berat. Kena ada kesabaran. Satu sahaja, SABAR. Kadang-kadang terfikir, kami adalah insan penyabar.

Nur Syuhada Ismail, andai kata perjalanan hidup saya lebih kurang seperti kamu, kamu pujuklah saya untuk terus kuat. Saya akan belajar untuk menerima. Kamu bantulah saya untuk melangkah. Sesungguhnya, hanya yang pernah mengalami boleh memahami saya. Tanda-tanda yang saya dapat sebelum ini, saya tujukan soalannya pada kamu. Sungguh, saya sudah ada naluri ketika itu. Dan saya paling awal berpisah dengan uMMi. Sangat berat. Ketika saya menangis, jangan datang peluk saya, jangan usap air mata saya, dan diam, jangan berkata-kata. Semua itu membuatkan saya makin lemah. Ternyata, kamu makin memahami. Kamu banyak mebantu saya melangkah. Tatkala persahabatan kita diuji...kamu masih di situ. Sahabat, terima kasih.


No comments:

Post a Comment