Jumpa lagi ! Alhamdulillah.
OKay.
Sudah 3 hari mula kelas untuk semester 6. InsyaAllah....semester terakhir untuk diploma. Perasaan ? Excited. Sedih. Gembira. Takut. Biasalah. Perasaan bercampur baur. :p
hmm...admit. saya rindu uMMi. Disember nanti ada kursus induksi. Ada rezeki, lepas tu kerja...insyaAllah. Banyak yang perlu di-up-to-date-kan...skill, knowledge, and I love microscope ! :p
Sudah dewasa...umur pun mencecah 21tahun. Nak merasa juga suasana konvokesyen tahun depan. Lepas tu mula bekerja. Kemudian....ada rezeki dan peluang, mahu sambung degree pula. Biasalah...impian semua orang yg normal. Owh ! yang paling penting, mahu daftarkan diri sebagai pengundi ! Itu hak saya. :)
hmm...hujung minggu ini pun ada satu lagi tarikh penting untuk Aqif. Alhamdulillah, urusan Afiq dipermudahkan sebelum ini. Harap sama juga untuk Aqif. Moga dia sudah bersedia untuk dunia luar. Belajar dan berdikari.
She must be very proud of all her children. Abang dah kerja. Tak pasti pula kalau abang nak sambung belajar ke tidak. Saya pula akan habis belajar tak lama lagi...dan terus mengejar cita2. Afiq sudah sambung belajar...dan dengan result yang memberangsangkan, moga dia dapat capai cita2 untuk ke UIA, mungkin. Aqif pula baru nak mengorak langkah..moga diberikan kekuatan. Dan yang pasti, kami banyak berubah setelah pemergian uMMi. Doa yang tak tinggal di setiap sujud terakhir solat. Moga uMMi tenang di sana. :)
Result untuk semester 5 sudah sampai ke rumah atas nama uMMi. uMai sangat rindu...itu sahaja hadiah yang uMai boleh terus berikan. :)
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment