Ibunda tercinta. Daimah Binti Abu. Pemergianmu...sebuah ibrah harus kami singkap sebagai bekalan buat kami menjalani kehidupan. 1 Ogos 1959 - 23 September 2010.
Sunday, December 19, 2010
Thursday, December 9, 2010
Thursday, December 2, 2010
Saturday, November 27, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Saturday, November 13, 2010
Tuesday, November 9, 2010
"I watched your every breath,
And prayed that each one wasn't your last.
The time we got to share together,
Went by too quick...Too fast. "
Moga tenang di sana. uMai exam minggu depan. Macam biasa...uMai akan buat yang terbaik. uMai tak kan lupa untuk terus berusaha. uMai akan teruskan perjalanan ni.
uMai nak balik jumpa uMMi hujung minggu ni. Nak jumpa ayah juga sebelum exam. uMai tak kisah balik rumah berapa banyak kali pun. :)
tak dapatku membalas jasamu di dunia ini~
Monday, October 25, 2010
Pertama kali selepas genap sebulan.
Entry 15/7/2010 : " REDHA...whatever had happened in the past...whether we regret it or not...
we will not be able to turn back the time...even for 1 nano second.... or even
for 1 yoctosecond (10-24)..." - rindu sangat2, walaupun hari2 dengar suara
dia. ='(
Sekarang, rindu yang tak terluah.
Thursday, October 21, 2010
Assalamualaikum.
uMMi, thank you for who I am
Thank you for the things I'm not
Forgive me for the words unsaid
For the times
I forgot.
Remember all my life
You showed me love, You sacrificed
Think of those young and early days
How I've changed
All the way.
And I know you believed
And I know you had dreams
And I'm sorry it took all this time to see
That I am where I am because of your truth
I miss you..
Forgive the times you cried
Forgive me for not making right
All of the storms I may have caused
And I've been wrong
Dry your eyes.
I hope this makes you smile
I hope you're happy with my life
At peace with every choice I made
How I've changed
Along the way
And I know you believed in all of my dreams
And I owe it all to you, uMMi.
Thursday, October 7, 2010
Dua hari umai tak update...tak bermaksud umai tak rindu uMMi. Umai belum pernah miss sedekahkan Yassin untuk uMMi. uMMi dah puas doakan kami..anak-anakmu, sekarang tanggungjawab kami mendokan uMMi. Moga uMMi peroleh kesejahteraan di sana...moga ketenangan dan kesenangan untuk uMMi sentiasa...insyaAllah.
umai dah tak ada orang nak dengar cerita pasal kawan2 umai...study umai, aktiviti umai hari-hari. Dulu uMMi yang selalu dengar cerita umai. Umai tak selesa nak cerita kat orang lain...tak sama...
umai suka dengar uMMi cerita tentang hal2 pejabat...pasal projek2 yang 'Big BOOs' uMMi akan buat. Hari tu...umai jumpa ramai kawan uMMi. uMMi selalu cerita pasal mereka..umai baru perasan..uMMi cerita semua tentang kebaikan mereka. Bagi uMMi yang suami jauh...kawan2 pejabat uMMi banyak membantu untuk uMMi bergerak ke sesuatu tempat.
Satu sifat uMMi yang umai kagum dari dulu ialah sifat pemurah. uMMi sangat pemurah dalam meinjamkan sedikit kesenangan yang uMMi ada kepada mereka yang memerlukan. Hari tu, ayah ade tanya, uMMi ade hutang dengan sesiapa tak, umai diam. Dalam hati umai berkata, 'uMMi dah halalkan'.
Pernah suatu ketika umai jaga uMMi kat hospital, uMMi kata ramai yang berhutang dengan uMMi, tapi uMMi halalkan. Ya. Umai sedar ramai yang pernah datang meminjam dengan uMMi. Walaupun pernah umai tak berapa setuju dengan jumlah yang dipinjamkan. uMMi kata, 'ni hari dia, hari kita belum tahu lagi'. umai rasa lega...sepanjang umai dengan uMMi, umai tak pernah dengar lagi uMMi kata uMMi ade pinjam duit dengan orang.
Hmm...kalau bab2 makan. uMMi suka layan anak-anak buah. Tak kisah la sesiapun yang datang. Suatu petang hari tu, umai duduk berbual dengan Ahmad Anwar dan Aliyah kat tepi rumah....Aliyah pun tiba2 kata kat abang dia, 'Kalau Mak Lang ada, mesti Mak Lang dah tanya, dah makan ke belum kan'. Ahmad Anwar pun terdiam..umai pun diam. Dalam hati umai kata, 'dah tak ada orang masak untuk kami'. Dah tak ada air tangan uMMi...
Pasal makanan pula, masakan uMMi yang terkahir umai makan ialah Bakso. umai beritahu uMMi : 'masak bakso eh, umai balik hujung minggu ni'. Walaupun uMMi dah mula tak sihat waktu tu, uMMi tetap masakkan. Sedangkan umai cakap hanya dalam nada bergurau. Lepas tu, uMMi dah tak masak. Kalau ada uMMi masak lagi lepas tu, mungkin umai tak ada di rumah.
uMMi...umai mungkin jarang ungkapkan kata sayang kat uMMi. uMMi pun kenal umai memang macam tu. Umai pernah beritahu uMMi...'umai tak reti nak ungkap perkataan sayang, tapi semuanya ditunjukkan melalui perbuatan umai'. Sepanjang umai jaga uMMi, uMMi berkali-kali minta maaf dengan umai. uMMi tak pernah menyusahkan walaupun umai terasa penat ulang-alik hospital. umai sanggup....umai rela.
Umai sanggup tak tidur malam untuk jaga uMMi. umai sanggup bangun pagi untuk pergi semula ke hospital kalau uMMi perlukan umai, sedangkan ada orang yang dah gantikan umai. Itu semua sikit je kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan uMMi jaga kami berlima bila kami demam.
Alhamdulillah. Umai tak ada penyesalan yang amat sengat bila fikir pasal uMMi. Umai seperti terasa lega bila Afiq kata uMMi dah tak ada...uMMi perlukan rehat. Sepanjang kami jaga uMMi, memang uMMi jarang sangat tidur. Mesti uMMi letih.
Tapi masa umai cuti seminggu raya, uMMi banyak tidur. Umai tegur Afiq, 'sejak bila uMMi boleh tidur ni?' Afiq kata biasa je. Hmm...sebagai anak yang berjauhan dengan uMMi, setiap perubahan uMMi secara fizikal dan mental, mesti umai perasan. Ada yang umai diamkan. Ada yang umai share. Perasaan umai bila perasan akan perubahan uMMi, umai simpan dengan baik. Biarlah hanya Allah yang tahu.
bersemi belain kasih sayang yang berpanjangan
darimu, insan yang mendoakan kebahagiaan anak2mu~
In Loving Memory, Al-Fatihah.
Monday, October 4, 2010
Umai masih terbayang hari tu, 23 september 2010. Pagi tu, umai bangun seperti biasa. Pukul 12 lebih, umai terima panggilan daripada ayah. Terus umai buat keputusan untuk balik Melaka. Naluri umai kuat nak balik Melaka masa uMMi kena tebuk untuk keluarkan air kat paru-paru.
Nasihat umai kat kawan suatu ketika dulu umai tak ambil perhatian...umai pernah pesan kat Ada (sahabatku), "kalau nak balik, balik je, jangan fikir 2 kali". Mungkin jarak masa yang sekejap membuatkan umai berfikir dua kali untuk balik.
Umai terus cari teksi untuk ke airport. Dugaan dengan trafik jam...driver teksi yg slow. Dah sampai airport, kaunter airasia yang slow pula. Umai ingatkan dapat flight 2.55pm. Tapi lambat beberapa saat...ade hikmah disebaliknya, flight 2.55pm delay akhirnya. Umai dapat flight 3.35pm. Kalau umai dapat flight 2.55pm dan terbang mengikut waktu tu...mesti umai lambat dapat berita. Allah ade aturan-Nya.
Siapa duga...umai melalui situasi seperti itu. Terasa seperti dalam drama. Semuanya seolah-olah mimpi. Umai takut sangat sepanjang perjalanan. Dua kali umai sms kawan umai, "sy jz harap sy sempat". Selang beberapa minit lepas tu, afiq called. "uMMi dah meninggal". umai tak menangis. dalam hati berkata, "uMMi rehat ye...uMMi dah lama tak tidur lena".
Umai called Ada (sahabatku)...waktu tu la menitisnya air mata umai buat pertama kali. Umai tak menangis dah...sampai la Mami dan Kak Nurul peluk umai setibanya di LCCT. Terasa amat lemah bila dipeluk ketika itu.
Umai tak menangis juga sepanjang perjalanan....sehinggalah umai betul2 di hadapan uMMi. Umai rasa lemah satu badan...menggigil...kelu, kaku. Itu lah uMMi ku. Dada yang kali terakhir umai lihat berombak, kini tidak beralun lagi...bagaikan mimpi. Air mata terasa murah. Sangat laju. Dan saya tidak mahu dipeluk ketika ini.
Umai tak buka kain untuk menatap wajah uMMi. Umai perlukan kekuatan. Satu je sebabnya. Umai tak nak menangis bila menatap wajah uMMi. Selama uMMi sakit, uMMi tak menangis lama. Dan sepanjang umai jaga uMMi di rumah dan hospital, umai tak menangis depan uMMi. Bila uMMi menangis masa ade orang datang ziarah sepanjang sakit...umai selalu pesan, jangan menangis...nanti uMMi penat..simpan tenaga tu. uMMi pun terus tak menangis lagi. uMMi memang kuat.
Tapi umai manusia biasa...umai menangis semahunya bila menatap wajah uMMi buat kali terakhir. Ramadhan hari tu...uMai pernah bertanya kat Ada (sahabatku), "ape perasaan bila jenazah ayah awak dibawa pergi?" Semua persoalan tu sudah terjawab.
Lagi sekali umai menangis semahunya tatkala melihat keranda diusung pergi...uMai cukup sedar...uMMi tiada lagi, jasad dan fizikal. Roh dan semangat masih bersama kami. Selamanya. Darah yang mengalir dalam tubuh kami, darah uMMi juga. Makanan yang menjadi darah kami, hasil titik peluh uMMi, dengan izin Allah.
Hari ni...mereka ke pejabat uMMi, ambil barang2 uMMi. Umai nak pergi juga...nak melihat tempat uMMi mencari rezeki selama ni...tapi, umai akan datang pejabat bila umai ade kelapangan nanti. insyaAllah.
Disaat kita berjauhan , rasa ingin ku berlari
mendakapi mu penuh girang, bak si kecik kehilangan.
tiada aku tanpamu, hanya kau satu didunia.
bertakhta kau di jiwaku~
In Loving Memory, Al-Fatihah.
Sunday, October 3, 2010
Hari ni umai kuat. Alhamdulillah...bangun pagi tadi, umai sedekah Al-Fatihah untuk uMMi. Bila-bila umai teringatkan uMMi, umai akan sedekahkan Al-Fatihah...insyaAllah.
Umai tak nak duduk rumah je hari ni...macam biasa, umai akan rasa kosong. Umai keluar jalan-jalan kat Gurney Plaza.
Umai ternampak kedai salabianca. Ingat lagi...last kita pergi KLCC. ummi nak beli selipar...sebab selipar uMMi dah rosak...mula2 masuk Vincci...tapi tak ade yang sesuai.
uMMi pun masuk Salabianca...kita tak tahu pun yang harga kat situ mahal kan...tapi uMMi kata sekali-sekala. Dapatlah sepasang selipar baru...
Hari tu raya...uMMi beriya-iya suruh umai belikan selipar raya..uMMi nak yang berwarna hitam...dan simple. Berkali-kali umai pusing Gurney Plaza....akhirnya jumpe jugak satu yang sesuai dengan citarasa uMMi.
Tapi umai sampai Melaka hari tu...uMMi terus warded kat hospital. Umai sempat tunjukkan kat uMMi selipar tu. uMMi kata okay...tapi uMMi tak sempat pakai...umai pun dah lupa sekejap pasal selipar tu. Sampai la hari tu umai duduk kat laluan main entrance...umai ternampak selipar tu kat rak kasut..
Perjalananmu penuh rintangan~
In Loving Memory.
Saturday, October 2, 2010
Hari ni, umai rindu lagi. Umai akan rindu sampai bila2. Rindu yang tak akan terluah.
Terima kasih kepada semua. Kata2 semangat kalian amat bermakna untuk meneruskan kehidupan ni.
Tapi, sesiapa yang belum merasai kehilangan yang abadi...bersedialah. Bukan hari ini, pasti akan berlaku kemudian hari.
Ayah, adi, afiq dan aqif pulang ke melaka selepas pusing semenanjung Malaysia. Umai takut nak masuk rumah sewa ni...coz nanti umai rasa kosong. Betul kata kakak2 uMMi...lama2 nanti akan rasa kosong...waktu tu la kita perlu kuat.
Umai sedekahkan Yassin untuk uMMi pertama kali lepas uMMi pergi...terasa amat lemah. Air mata tak boleh berhenti dari mengalir. Hari ni...umai teringat betapa takutnya umai tengok dada uMMi berombak kat hospital dulu..
Lepas tu, mula la polisi baru...'tak tidur malam untuk perhatikan pernafasan uMMi'. Umai pesan kat Afiq juga...akhirnya, umai tak ade untuk nafas terakhir itu. Allah ade rencana-Nya tersendiri. Mungkin, bila ade ketika itu, umai makin lemah.
Hari ni juga umai refused untuk dipeluk. Terasa lemah bila dipeluk.
Umai kena cari semula focus umai selama ni...
I never saw you crying more than a minute~
In Loving Memory, Al-Fatihah.