Ibunda tercinta. Daimah Binti Abu. Pemergianmu...sebuah ibrah harus kami singkap sebagai bekalan buat kami menjalani kehidupan. 1 Ogos 1959 - 23 September 2010.
Thursday, December 22, 2011
Wednesday, December 21, 2011
Friday, November 11, 2011
Tuesday, November 1, 2011
Monday, October 31, 2011

Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.Saturday, October 8, 2011
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA….
Friday, October 7, 2011
Sunday, October 2, 2011
Sunday, September 25, 2011
Friday, September 23, 2011
Saturday, September 17, 2011
- baik kepada orang yg tak baik pada kita.
- jaga nama orang yang diumpat.
- akui kesilapan kita.
Tuesday, September 13, 2011
Wednesday, September 7, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Thursday, August 18, 2011
Saturday, August 13, 2011
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 23, 2011
Sunday, July 17, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Tuesday, June 21, 2011
untuk bakal imamku~
untuk bakal imamku,bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang ganas,kasar,manja,mengada,dan sebagainya.T_T.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah
Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
Jika memang dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu.
Persetujuan dicapai.
Ada jodoh, masa menentukan.
Tidak perlu untuk kita sms, fb, email, ym dan sebagainya.
Jauh sekali untuk kita keluar bersama.
Terima kasih kerana sudi memilih diri ini. ;)
Tuesday, June 14, 2011
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan.
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
Wednesday, June 8, 2011
Thursday, June 2, 2011
- Menghabiskan praktikal di Hospital Melaka dengan jayanya !
- Kami makin rapat. :)
- Merindui dan menyayangi tanpa kenal erti, tanah sebagai batasan kami. Itu satu nikmat dan anugerah.
Sunday, May 29, 2011
Friday, May 27, 2011

Thursday, May 26, 2011
1. Nama saya Humairah.
2. Berasal dari Melaka.
3. Berusia 20 tahun 8 bulan.
4. Ada seekor kucing bernama Bettino! *dia sangat besar!*
5. 1000D, DSLR kesayangan.
6. Taraf pendidikan tertinggi, SPM. Diploma, insyaAllah.
7. Pernah kehilangan insan tersayang, pergi buat selama-lamanya.
8. Selalu sakit bahu. *sentiasa tidur bersama Gamarub, keluaran Healin*
9. Gemuk. *sesiapa yang kenal pun tahu fakta ni.haha!*
10. Tak pernah pakai high heels.
11. Pernah pakai make up. *masa tadika dulu. haha !*
12. Berjaya menghabiskan semester 5 dengan memakai baju kurung setiap hari.
13. Tak suka pakai semula baju yang sudah dipakai.
14. Saya rindu uMMi saya. sangat.
15. Saya tiada di sisi beliau ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Ini semua fakta !
Tak nak banyak cerita.
Dalam hidup, kena berani untuk buang yang keruh, ambil yang jernih.
Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang,
dan semua orang pun belum tentu dapat puaskan hati kita.
Seri kan ?
Jadi, ambil lah haluan masing-masing.
Teruskan hidup.
Ingat, destinasi kita adalah kepada DIA.
Andai kata suatu hari nanti, datang mencari kembali...
terima seadanya.